Berita Harian

Punca kematian dua lelaki Kachin disiasat

-

Yangon: Polis Myanmar semalam, mengumumka­n mereka membuka semula siasatan terhadap pembunuhan dua lelaki yang didakwa ditembak di kepala selepas ditahan askar di wilayah konflik di utara negara itu.

Penduduk mendakwa dua petani etnik Kachin itu tinggal di kem perlindung­an untuk penduduk yang hilang tempat tinggal disebabkan konflik di Maing Hkawng, iaitu pekan yang terletak kirakira 30 kilometer dari sempadan China.

Lebih 100,000 penduduk diusir dari kampung masingmasi­ng sejak gencatan senjata antara tentera Myanmar dan Tentera Pembebasan Kachin (KIA) gagal pada 2011.

Konflik di utara Myanmar itu tiada kaitan dengan krisis Rohingya di barat negara itu, tetapi ia turut membabitka­n pelbagai dakwaan penganiaya­an orang awam oleh pasukan tenteranya.

Hilang selepas ditahan tentera

Menurut penduduk dan kumpulan Fortify Rights yang menemu bual dua saksi, dua lelaki Kachin terbabit, Hpaugan Yaw, 65, dan Nhkum Naw San, 35, hilang selepas ditahan oleh tentera ketika menggembal­a kerbau pada 31 Januari lalu.

Pada Khamis lalu, kubur cetek dengan mayat mereka ditemui oleh sekumpulan orang awam yang mencari mangsa di kawasan hutan berhampira­n Maing Khawng.

Susulan itu, jurucakap polis Kachin, Thura Myo Naung, berkata polis menyiasat kes itu sebagai pembunuhan.

Kementeria­n Dalam Negeri dalam kenyataan di Facebook berkata, dua mayat berkenaan menunjukka­n kesan tikaman pada pipi kiri, manakala bahagian belakang kepala ‘diletupkan.’

Namun, jurucakap tentera, Mejar Jeneral Tun Tun Nyi enggan mengulas berhubung perkara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia