Berita Harian

10 suspek serang masjid diberkas

-

Kandy/colombo: Polis Sri Lanka sedang menjalanka­n siasatan untuk mengenalpa­sti sama ada 10 individu dipercayai ketua geng disyaki yang terbabit dalam beberapa siri serangan ke atas umat Islam oleh penganut Buddha Sinhala menerima dana atau bantuan dari negara asing.

Ketua kumpulan itu, Amith Jeewan Weerasingh­e dan sembilan yang lain ditahan pada Khamis lalu selepas disyaki terbabit dalam serangan ke atas beberapa masjid dan hartanah milik umat Islam di daerah tengah Kandy.

Sekurangku­rangnya dua maut dalam serangan itu yang bermula sejak Ahad lalu.

“Kami sedang menyiasat pihak yang membiayai kegiatan mereka, rancangan mereka dan sama ada mereka mempunyai sokongan daripada kepemimpin­an politik tempatan serta sama ada terdapat pembabitan pihak asing dalam apa yang berlaku,” kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekara kepada pemberita di Colombo, semalam.

Beliau berkata, semua suspek itu sudah dikenakan tahanan reman selama 14 hari dan dibawa ke Colombo untuk di soal siasat.

Katanya, tiga daripada suspek berasal dari Kandy, manakala baki tujuh lagi suspek dari luar daerah itu.

“Dalam tempoh 24 jam sehingga jam 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat, enam bangunan dilaporkan musnah, manakala 65 individu sudah diberkas di seluruh Kandy,” kata Gunasekara.

70 peratus penganut Buddha Sinhala

Umat Islam di Sri Lanka mewakili kirakira sembilan peratus daripada 21 juta penduduk negara itu dan kebanyakan­nya tinggal di kawasan timur dan tengah pulau itu.

Sementara penganut Buddha Sinhala membentuk 70 peratus daripada keseluruha­n jumlah penduduk dan etnik Tamil yang kebanyakan­nya beragama Hindu, mewakili 13 peratus penduduk.

Terdahulu, Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena mengumumka­n siasatan terhadap insiden rusuhan anti Islam itu yang memaksa pihak berkuasa mengisytih­arkan darurat di negara itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n pejabatnya, panel tiga hakim bersara akan menyiasat kegagalan undangunda­ng dan ketenteram­an di Kandy yang mengakibat­kan tiga kematian, 200 kecederaan, selain kemusnahan lebih 200 perniagaan serta kediaman orang Islam dalam rusuhan empat hari yang akhirnya berjaya dikawal pada Khamis lalu.

 ?? [FOTO AFP] ?? Tentera Sri Lanka mengawal masjid di Colombo, susulan rusuhan anti-islam di Kandy.
[FOTO AFP] Tentera Sri Lanka mengawal masjid di Colombo, susulan rusuhan anti-islam di Kandy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia