Berita Harian

‘Robot serigala’ bantu petani Jepun

Boleh mengesan haiwan pada jarak 1 kilometer, lebih efektif berbanding pagar elektrik

-

Sebuah robot menyerupai serigala yang berjaya ‘menjalanka­n tugas’ dalam percubaan menghalau haiwan perosak bakal dipasarkan secara besar-besaran, bulan depan.

Menurut laporan Asahi TV, robot serigala yang digelar ‘Super Monster Wolf’ berukuran 65 sentimeter (cm) dan lebar 50 cm dipakaikan dengan bulu bertompok putih serta gigi taring dan mata merah berkelip.

Tujuan ia direka adalah untuk menghalau babi hutan yang sering merosakkan tanaman padi dan yang lain. Sebelum ini robot sama pernah digunakan sebagai percubaan di Bandar Kaizudi wilayah timur Chiba, Jepun pada Julai lalu.

Siaran televisyen berkenaan menambah, apabila ia mengesan haiwan yang mendekatin­ya, matanya akan merah menyala sebelum menyalak.

Kuasa solar

Pengeluarn­ya berkata robot serigala itu menggunaka­n bateri dicaj semula dengan kuasa solar selain mempunyai pelbagai jenis bunyi salakan yang akan menakutkan haiwan lain.

Sebagai bukti, Koperasi Pertanian Jepun menyatakan kerugian hasil tanaman dilaporkan menurun di kawasan di mana robot serigala itu diletakkan.

Sebelum ini, petani di Kisarazu hampir berputus ada apabila hasil tanaman mereka dirosakkan babi hutan sepanjang tahun.

Bercakap kepada laman web berita Chiba Nippo, Chihiko Umezawa dari koperasi pertanian menyuaraka­n bahawa robot itu boleh mengesan haiwan lain pada jarak satu kilometer dan ia lebih efektif berbanding pagar elektrik.

Sekarang ini, robot serigala akan dikeluarka­n secara besar-besaran di mana harganya dijual sebanyak 514,000 yen (RM18,900) seunit.

Namun, terdapat pilihan sama ada peladang boleh membayarny­a robot serigala secara bulanan atau sebaliknya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia