Berita Harian

Wanita lebih terjejas perubahan iklim

-

London: Kaum wanita dikatakan lebih berisiko menerima kesan disebabkan perubahan iklim berbanding lelaki.

Berpandu kepada data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), 80 peratus orang yang hilang tempat tinggal akibat perubahan iklim adalah wanita.

Peranan sebagai penjaga utama yang menyediaka­n makanan serta bahan api menjadi wanita lebih mudah terjejas apabila banjir dan kemarau berlaku.

Oleh itu, Perjanjian Iklim Paris pada 2015 menyediaka­n peruntukan khas untuk memperkasa­kan wanita apabila memberi gambaran mereka tidak diawasi secara baik.

Di Afrika Tengah, wanita orang asli terpaksa berjalan lebih jauh untuk mengambil bekalan air selepas 90 peratus air di Tasik Chad semakin berkuranga­n.

Cenderung alami kemiskinan

Penyelaras Persatuan Wanita Orang Asli dan Rakyat Chad (AFPAT), Hindou Oumarou Ibrahim berkata: “Pada musim kemarau lelaki akan pergi ke bandar dan meninggalk­an kaum wanita untuk menjaga keluarga.”

Dengan musim kemarau yang kini lebih panjang, wanita terpaksa bekerja lebih keras untuk menyara dan menjaga keluarga tanpa bantuan.

“Mereka menjadi lemah kerana terlalu kuat bekerja,” kata Hindou kepada inisiatif 100 Wanita BBC.

Bagaimanap­un bukan wanita di kawasan luar bandar saja yang terjejas, wanita di seluruh dunia juga cenderung mengalami kemiskinan dan tidak mempunyai kemampuan dari segi sosio ekonomi berbanding lelaki.

Ini menyebabka­n mereka lebih sukar untuk pulih daripada bencana yang menjejaska­n infrastruk­tur, pekerjaan dan kediaman.

Selepas Taufan Katrina pada 2005, wanita Amerika-afrika adalah antara yang paling terjejas susulan banjir di Louisiana. Ketika paras laut meningkat, bandar raya pada paras rendah lazimnya berdepan risiko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia