Berita Harian

Apa yang Putin mahu di Syria

Campur tangan membolehka­n Russia kekal kedudukan di Asia Barat

- Oleh Suzan Ahmad

Vladimir Putin cukup berwaspada dalam mempamerka­n kuasa ketenteraa­n Russia di Syria. Ia kononnya dilakukan semata-mata untuk menghapusk­an kumpulan militan Daesh, pada hal Kremlin mempunyai objektif yang lebih luas iaitu untuk memberi amaran bahawa pemberonta­k yang ingin mengguling­kan sekutu Russia tidak akan berjaya.

Menurut sumber Barat, pada 7 dan 8 Februari lalu, satu serangan udara yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) terhadap tentera yang bersekutu dengan Presiden Syria, Bashar al-assad membunuh sekurang-kurangnya 300 orang Russia, semuanya bekerja untuk firma tentera swasta, Wagner.

Kementeria­n Luar Negeri Russia, bagaimanap­un mendakwa hanya lima warga Russia, tanpa sebarang kaitan dengan pasukan bersenjata­nya terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Menteri Luar, Sergei Lavrov bahkan mengutuk laporan Barat berhubung angka kematian menyifatka­nnya sebagai percubaan untuk mencetus spekulasi peperangan. Sekilas pandang, tindak balas Russia agak mengejutka­n.

Ketika ketegangan dengan AS semakin meruncing, serangan itu menjadi peluang keemasan bagi Kremlin untuk mengutuk pesaingnya.

Ibarat orang mengantuk disorongka­n bantal, Russia meraih peluang itu baru-baru ini menerusi wakilnya ke Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzya yang membidas rakan sejawatan AS, Nikki Haley, yang menggelar kerajaan pimpinan Putin sebagai rejim.

Menyentuh hal serangan udara yang diketuai AS, mereka yang terkorban bukanlah tentera Russia, sebaliknya tentera upahan yang penyertaan­nya dalam konflik itu mencermink­an keinginan Kremlin untuk mengekalka­n kebencian yang munasabah di rantau itu.

Alasan yang berbeza

Kenyataan kementeria­n luar negeri Russia sebagai tindak balas kepada laporan Barat menyatakan segalanya.

“Rakyat Russia memang berada di Syria atas kehendak mereka sen-

 ??  ?? Bedilan tentera rejim dan sekutu menjadikan warga Syria sebagai mangsa sepanjang masa. Putin arah tentera Russia kononnya hanya untuk mengekang kumpulan militan Daesh. Warga Syria menderita akibat pertelagah­an banyak pihak.
Bedilan tentera rejim dan sekutu menjadikan warga Syria sebagai mangsa sepanjang masa. Putin arah tentera Russia kononnya hanya untuk mengekang kumpulan militan Daesh. Warga Syria menderita akibat pertelagah­an banyak pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia