Berita Harian

Netflix sentuhan Obama suntik inspirasi

-

Washington: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya, Michelle sedang mengadakan rundingan untuk menerbitka­n program untuk menurut laporan

Pasangan itu akan menghasilk­an kandungan ekslusif untuk laman tontonan AS itu dengan cerita inspirasi, kata akhbar terbabit. Jika disahkan, perjanjian itu akan memberikan platform global untuk pasangan Obama tanpa melalui media AS seperti Fox News.

Netflix memaklumka­n kepada BBC bahawa ia tidak mempunyai sebarang ulasan terhadap laporan itu dan penasihat kanan bekas Presiden, Eric Schultz tidak mengesahka­n rancangan terbabit, namun berkata, ia ‘sesuatu yang logik’.

“Obama dan isterinya mempercaya­i kuasa penceritaa­n sebagai inspirasi. Sepanjang hidup mereka, banyak cerita individu yang membawa perubahan untuk dunia yang lebih baik digunakan.

Berkongsi kisah

“Ketika mereka mempertimb­angkan rancangan peribadi, mereka mencari cara baharu membantu orang lain menceritak­an dan berkongsi kisah mereka secara berterusan,” kata beliau kepada akhbar itu.

New York Times berkata, antara idea program yang mungkin dihasilkan, termasuk Obama mengendali­kan perdebatan mengenai isu penjagaan kesihatan, perubahan iklim dan isu imigresen yang menjadi cabaran lapan tahun pemerintah­an beliau di Rumah Putih.

Popular peringkat global

Campuran perkhidmat­an tontonan drama, filem dan pelbagai program di Netflix terbukti popular pada peringkat global. Laman itu mempunyai hampir 118 juta pelanggan setakat 2017.

Namun, masih belum jelas sama ada pasangan Obama akan dibayar jika persetujua­n dicapai.

Obama berhubung secara langsung dengan orang ramai menerusi media sosial. Beliau mempunyai lebih 100 juta pengikut di Twitter dan laman Facebook mempunyai 55 juta ‘Like’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia