Berita Harian

Keunikan ayampasu

Cita rasa berbeza ala tradisiona­l dan Barat mengikat selera pelanggan

-

Khid_mohd@bh.com.my

eenakan ayam bakar dalam pasu jauh lebih berbeza rasanya daripada ayam yang dipanggang di dalam ketuhar.

Biarpun menggunaka­n bahan perapan yang sama untuk dua sajian itu, aroma ayam bakar dalam pasu memberi selera lebih istimewa. Rasa asap daripada arang yang meresap ke dalam dagingnya membangkit­kan cita rasa asli.

Hidangan unik itu ditawarkan di Restoran D’masri yang terletak di Parit 7, Sekinchan, Selangor yang beroperasi sejak Januari lalu.

Pengurusny­a, Nael Sahlan, berkata ayam dibakar dalam pasu direka khas adalah pelengkap kepada pelbagai hidangan lain.

“Kami tidak menggunaka­n ayam beku, tetapi memilih ayam segar yang disembelih pada waktu pagi dan terus dibakar untuk dinikmati pelanggan pada makan tengah hari.

“Kesegaran ayam ini memberikan rasa manis yang lebih berbanding ayam beku dijual di pasaran ,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sedia pelbagai menu

Seekor ayam bakar pasu boleh dimakan antara enam hingga lapan orang bersama sos lada hitam dan sos pedas.

Ayam bakar pasu itu disajikan dengan beberapa menu utama lain sama ada cita rasa tempatan ataupun Barat.

Menu ini boleh dinikmati bersama nasi ayam dan kuah sos cili pedas manakala untuk cita rasa ala-barat pula, ayam bakar pasu dimakan bersama sos lada hitam buatan sendiri, selain kentang goreng dan sayuran cincang bermayonis,

Restoran ini juga menyediaka­n hidangan makanan laut antaranya ikan pari bakar berempah dan siakap petai.

Ramuan dan rempah seperti kerisik, lengkuas dan serai dalam hidangan ikan pari berempah membangkit­kan cita rasa ala rendang kampung.

Rasa sambal petai yang menyerap dalam isi ikan siakap juga terasa hangatnya, selain ketam masak cili

Bersebelah­an restoran ini, berpeluang menikmati pelbagai kerepek dan keropok segera dan boleh dibawa pulang. Lokasi: Parit 7, Sekinchan

Waktu operasi:

10 pagi hingga 11 malam

Harga:

Antara RM6 hingga RM30

 ??  ?? Ayam yang dibakar di dalam pasu memberi aroma asap yang asli.
Ayam yang dibakar di dalam pasu memberi aroma asap yang asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia