Berita Harian

Sajian keropok lekor asli

-

Gerai Mas Satar

Mula beroperasi sejak empat tahun lalu. Setiap hari terutama hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Ahad Tidak lengkap percutian ke Cherating, Pahang jika anda tidak singgah sebentar ke Kuala Kemaman mencari keropok lekor asli untuk dibawa pulang.

Terletak bersempada­n antara Terengganu-pahang, lokasi menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, memandangk­an lokasi ini menyediaka­n sajian istimewa hasil makanan laut.

Antara deretan gerai keropok lekor di sepanjang jalan di Kampung Geliga, gerai Mas Satar menjadi pilihan. Tidak hanya keropok lekor mentah, rebus dan goreng tepung, gerai ini menawarkan keenakan sata dan otak-otak.

Makanan yang menjadi identiti masyarakat Terengganu itu berbeza kerana pemilik gerak berkenaan, Abdul Ali, 70, atau dipanggil Pak Aziz menggunaka­n banyak ikan berbanding tepung supaya rasa lebih menyelerak­an.

“Kita menggunaka­n beberapa jenis ikan antaranya ikan parang, kembung, selayang dan ikan tamban yang dibeli daripada nelayan tempatan di Pelabuhan Kuala Kemaman.

“Kita tidak menggunaka­n ikan import atau dibekukan kerana mahu pelanggan merasai kualiti ikan dengan rasa manis sebenar makanan laut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pak Aziz berkata, sata adalah ramuan isi ikan dikisar sebelum dicampurka­n isi kelapa parut separuh muda dan cili hidup. Campuran itu digaul rata sebelum dibalut dengan daun pisang dan dipanggang atas arang berasap selama 20 minit.

Menariknya, otak-otak Terengganu adalah gabungan sambal berempah yang dimasukkan ke dalam isi ikan supaya kemanisan sambal berperisa kari dan kerisik kelapa meresap.

Sajian lain termasuk ikan, udang dan sotong yang digoreng bersama tepung yang menjadi makanan identiti penduduk setempat. Pelanggan juga boleh membawa pulang keropok lekor yang dibekukan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sata dan otak-otak di Kemaman lebih sedap kerana ramuannya lebih ikan segar.
Sata dan otak-otak di Kemaman lebih sedap kerana ramuannya lebih ikan segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia