Berita Harian

Pengadil didakwa punca Spurs kalah

Pochettino dakwa Juventus ‘tekan’ pengadil untuk menang Liga Juara-juara

-

Mauricio Pochettino mendakwa pegawai kanan Juventus memberi tekanan kepada pengadil ketika mereka menewaskan Tottenham dalam aksi Liga Juara-juara dan menjelaska­n, juara Itali itu memang pakar dalam mencipta kejayaan.

Kekalahan 1-2 Spurs di Wembley awal pagi Khamis lalu bermakna mereka tersingkir daripada kejohanan itu dengan agregat 4-3, meskipun mendominas­i hampir keseluruha­n perlawanan.

Pengurus Tottenham, Pochettino mendakwa, Presiden Juventus, Andrea Agnelli dan Pengurus Besar, Giuseppe Marotta menghabisk­an masa di terowong sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Malah beliau berasakan kelab Itali itu melakukan segala-galanya yang termampu untuk layak ke suku akhir termasuk cuba memberi tekanan kepada pengadil dari Poland, Szymon Marciniak.

Pengurus dari Argentina itu percaya pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh mempelajar­i perkara itu pada masa depan.

Perlu sesuatu berbeza

“Saya fikir ia situasi penting yang perlu anda pelajari. Jika kita hanya melihat daripada statistik dua perlawanan, saya fikir Tottenham jauh lebih bagus.

“Dalam hal tertentu ketika kejohanan, ia memerlukan sesuatu yang berbeza. Saya fikir Juventus adalah pakar kerana mereka mempunyai tabiat untuk menang dan memberi tekanan terhadap pengadil.

“Pemiliknya berada di koridor dalam terowong sebelum atau ketika perlawanan. Ia satu kelab dengan budaya untuk melakukan segalagala­nya untuk membantu pasukan.

“Sebelum perlawanan itu ada Agnelli, selepas perlawanan ada Agnelli dan Marotta. Saya melihat pada separuh masa bagaimana mereka memberi tekanan terhadap pengadil. Saya fikir perkara itu membantu kelab berkenaan,” katanya.

Selepas seri 2-2 di Turin, Tottenham dilihat berada pada landasan untuk mara ke peringkat seterusnya selepas mendahului pada perlawanan kedua menerusi Son Heung-min.

Namun jaringan pantas separuh masa kedua Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala menjadikan perlawanan memihak kepada pelawat bagi membolehka­n Spurs kini fokus terhadap Piala FA dan memburu kelompok empat teratas EPL.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Aksi perlawanan antara Tottenham menentang Juventus pada aksi Liga Juara-juara di Stadium Wembley, awal pagi Khamis lalu.
[ FOTO AFP ] Aksi perlawanan antara Tottenham menentang Juventus pada aksi Liga Juara-juara di Stadium Wembley, awal pagi Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia