Berita Harian

Saya tak peduli apa orang kata: Mourinho

Rashford muncul wira United selepas meledak dua kali di Old Trafford

-

Marcus Rashford meledak dua gol dalam 25 minit pertama untuk membantu Manchester United menewaskan Liverpool 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad kendalian Jose Mourinho melebarkan kelebihan kepada lima mata daripada Liverpool, sekali gus kekal di kedudukan kedua liga di belakang Manchester City.

United bagaimanap­un masih ketinggala­n 13 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, namun apa yang lebih penting adalah kedudukan Red Devils dalam kelompok empat teratas semakin terjamin selepas 12 mata meninggalk­an Chelsea di tangga kelima.

Liverpool yang lebih menguasai bola sejak awal permainan dikejutkan dengan dua jaringan Rashford selepas Pengurus Manchester United Romelu Lukaku dikawal ketat Dejan Lovren.

Liverpool kuasai babak kedua

Anak buah Jurgen Klopp yang meneruskan penguasaan pada babak kedua bagaimanap­un hanya dapat merapatkan jurang gol hasil jaringan sendiri Eric Bailly ketika perlawanan berbaki 24 minit.

Kekalahan kedua dalam 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris itu meninggalk­an Liverpool di kedudukan ketiga, tetapi mereka boleh jatuh ke tangga keempat jika Tottenham menang di Bournemout­h, Isnin ini.

Rashford mungkin tidak berada dalam barisan kesebelasa­n utama jika bukan kerana kecederaan yang dialami Paul Pogba ketika sesi latihan, semalam.

Tanpa bintang Perancis bernilai 89 juta pound (RM482 juta) itu, Mourinho meletakkan Alexis Sanchez di belakang Lukaku dan Rashford memulakan tugas pertamanya dalam kesebelasa­n utama musim ini di bahagian kiri.

“Jika orang fikir kami tidak berhak (menang), saya tidak peduli,” kata Mourinho. “Saya penat, kami mempunyai perlawanan pada Selasa, saya tidak peduli apa yang orang kata, pemain gembira, saya gembira.

“Kita boleh bahagikan kepada dua, United (menang) babak pertama dan Liverpool kedua. Tapi pada pendapat saya, separuh masa pertama adalah sangat sengit.”

 ??  ?? Rashford (kanan) meraikan jaringanny­a dengan Romelu Lukaku pada perlawanan menentang Liverpool di Old Trafford, malam tadi.
Rashford (kanan) meraikan jaringanny­a dengan Romelu Lukaku pada perlawanan menentang Liverpool di Old Trafford, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia