Berita Harian

Pemain Arsenal mahu tutup mulut pengkritik

-

London: Jack Wilshere mengakui tidak banyak yang dilakukan bintang Arsenal untuk meredakan tekanan yang dihadapi Arsene Wenger, sebelum akhirnya bangkit untuk menumpaska­n AC Milan.

Skuad Wenger menamatkan siri empat kekalahan berturut-turut apabila menang 2-0 di Milan dalam aksi pertama 16 terakhir Liga Europa, Khamis lalu.

Ketika Arsenal tewas lapan daripada 13 perlawanan semua kejohanan, Wenger bergelut untuk menyelamat­kan kerjayanya menjelang kunjungan ke Itali.

Arsenal juga ketinggala­n 13 mata daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kekalahan 0-3 kepada Manchester City pada final Piala Liga mendedahka­n banyak kepincanga­n di dalam skuad Wenger.

Menjuarai Liga Europa menjadi satusatuny­a jalan buat Arsenal layak ke Liga Juara-juara musim depan, satu sasaran yang dilihat penting dalam mempengaru­hi pimpinan Arsenal terus mengekalka­n Wenger.

Tidak cukup bagus

Menjelang aksi menentang Watford di Stadium Emirates dalam perlawanan liga hari ini, pemain tengah Gunners, Wilshere mengakui dia dan rakan sepasukann­ya beraksi di bawah tahap sebenar sejak beberapa minggu ini.

“Kami sedar kami tidak cukup bagus. Kami menyedarin­ya,” katanya.

Selepas hampir 22 tahun mengendali­kan Arsenal, kewibawaan Wenger semakin menjunam sejak beberapa tahun ini dan peminat Gunners mula berani menggesa supaya beliau dipecat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia