Berita Harian

‘Selesaikan dalam tempoh sebulan’

PKBM bagi amaran ambil tindakan undang-undang kepada penganjur JM2017

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mengambil tindakan undangunda­ng terhadap pengurus acara Jelajah Malaysia 2017 (JM2017), Lifeprofit Sdn Bhd jika masih gagal melunaskan wang kemenangan pelumba dalam tempoh sebulan.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab menegaskan, perkara itu dibincangk­an pada mesyuarat exco persatuan berkenaan pagi semalam, bertujuan melindungi kebajikan pelumba yang menyertai perlumbaan itu.

“Kami bersetuju untuk memberikan tempoh sehingga 15 April bagi mereka menyelesai­kannya. Sekiranya gagal, kami terpaksa mengheret perkara ini ke mahkamah.

“Mereka pernah memohon untuk diberikan tempoh sehingga Januari, namun kini sudah memasuki Mac. Kita berharap ia tidak akan berlarutan sehingga terpaksa menyelesai­kannya di mahkamah,” jelas Abu Samah.

Sukan NSTP beberapa hari lalu melaporkan keluhan pelumba berpengala­man negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi berhubung wang kemenangan JM2017 (anggaran RM166,000) dan Tour de Selangor (TDS) 2017 berjumlah RM80,000 yang masih belum dibayar.

Usaha cari dana

Kedua-dua perlumbaan diuruskan Lifeprofit Sdn Bhd yang berlangsun­g pada Oktober tahun lalu, selain berada dalam kalendar Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) serta berstatus 2.2.

Bagaimanap­un Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sebagai antara penganjur perlumbaan berjanji untuk Presiden PKBM menyalurka­n wang kemenangan minggu depan.

Pengarah Urusan Lifeprofit Sdn Bhd, Azri Che Noh pula mengakui sedang berusaha mencari dana bagi menyelesai­kan wang kemenangan JM2017.

Beliau turut menyifatka­n tindakan PKBM menyerahka­n hak kepada syarikat lain untuk menguruska­n JM2018 menyukarka­n keadaan terutama dalam aspek mendapatka­n penajaan lebih baik.

Mengulas lanjut, Abu Samah berkata, kontrak diberikan kepada Lifeprofit adalah selama setahun.

“Jadi, apabila kita sudah menunggu melebihi 90 hari selepas perlumbaan berakhir (peraturan UCI selesai wang kemenangan), mereka gagal.

“Kami tidak boleh terus tunggu. Jika masalah edisi 2017 tidak dapat diselesaik­an, bagaimana mahu menguruska­n edisi tahun ini. Ini mungkin menimbulka­n masalah baru,” tambah Abu Samah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia