Berita Harian

5,000 dijangka meriahkan Sukan Belia Negaraku

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 5,000 pengunjung dijangka akan memeriahka­n sambutan Karnival Sukan Belia Negaraku yang dijadualka­n berlangsun­g di Dataran Rembau, Rembau, Negeri Sembilan, hari ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua‘amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, karnival itu adalah program kesinambun­gan ke arah membina negara bersukan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Kita jangkakan seramai 5,000 pengunjung akan datang pada karnival yang akan bermula pada jam 7 pagi hingga 5.30 petang ini. Mereka berpeluang menyertai pelbagai program menarik disediakan penganjur.

“Antaranya adalah segmen kecergasan (aerobik, senaman), segmen pertanding­an sukan iaitu acara yang dipilih sendiri belia setempat, segmen seni dan kebudayaan serta segmen sukan permotoran,” kata Ghadafi.

Mengulas lanjut, katanya karnival besar-besaran itu juga adalah sebahagian daripada program meraikan sambutan 70 tahun MBM pada tahun ini, dalam usaha badan berkenaan mempromosi serta memperkena­lkannya kepada golongan belia.

Karnival itu dijalankan sepanjang tahun ini dengan acara perasmian bakal disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Rembau.

Kemuncak pada Oktober ini

“Peringkat awal ini, kita akan jalankan program di kawasan tumpuan belia seperti Pekan, Bagan Datoh dan Tanjung Malim.

“Kemuncakny­a pada Oktober ini, sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan MBM kali ke-6 di Johor,” katanya.

Ghadafi menjelaska­n program berkenaan penting kerana sukan adalah elemen perpaduan atau ‘moments of unity’ bagi membentuk negara yang berpadu, selain menghargai belia sebagai aset negara.

Selain itu ia turut mempunyai keunikan tersendiri kerana menampilka­n gabungan dasar kerajaan iaitu belia, negaraku dan sukan.

Pengunjung yang menyertai karnival kali ini berpeluang menyertai acara futsal, sepak takraw, bola tampar, Liga penalti, Petanque, E Games, pertanding­an tarik tali serta sukan permotoran.

 ??  ??
 ??  ?? Antara aktiviti dijangka mengisi program anjuran MBM sempena Karnival Sukan Belia Negaraku di Rembau.
Antara aktiviti dijangka mengisi program anjuran MBM sempena Karnival Sukan Belia Negaraku di Rembau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia