Berita Harian

JDT lebur rekod bersih TFC

Menang tipis di Kuala Terengganu hasil jaringan tunggal Antonio

- Oleh Malik Muhamad

Rekod tanpa kalah skuad Terengganu FC (TFC) lebur selepas tumpas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kelima di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi.

Permainan pantas keduadua pasukan dalam tempoh 45 minit di babak pertama ternyata menggamatk­an suasana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang dibanjiri lebih 12,000 penyokong hitam putih.

Malah beberapa aksi keras dipamerkan kedua-dua pasukan itu turut menyaksika­n pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria terpaksa bekerja keras mengawal permainan.

Terdahulu, pada minit kelima, pelawat hampir berada di depan melalui tandukan Hariss Harun, hasil sepakan percuma Nicolas Fernandez, namun sedikit sipi di sebelah kanan pintu gol tuan rumah.

TFC juga berpeluang membuka ‘akaun’ jaringan pada minit ke-11 menerusi Lee Tuck tetapi tendangan leret pemain itu gagal menerjah jaring gawang JDT.

Bagaimanap­un pada minit ke-29, pelawat menggegark­an jaring TFC yang dikawal penjaga gol berpengala­man, Mohd Suffian Rahman menerusi sepakan pemain pertahanan, Marcos Antonio dalam kotak penalti berpunca daripada sepakan percuma Nicolas Alberto untuk mendahului 1-0.

Perkemas asakan

Tersentak jaringan itu, anak buah Irfan Bakti memperkema­skan asakan dan berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke44, menerusi Tchetche Kipre yang hanya berdepan dengan penjaga gol, Farizal Marlias, namun penjaga gol kebangsaan itu berjaya menahan bola rembatan kapten TFC menggunaka­n kaki.

Bersambung di babak kedua perlawanan, tuan rumah yang mahu mengekalka­n rekod tanpa kalah memiliki peluang terbaik menerusi pemain sayap, Mohd Shahrul Aizad Zukufli pada minit ke-49, tetapi gagal menemui menterjema­hkan kepada jaringan.

Pelawat yang dilihat memperlaha­nkan gerakan dan lebih banyak bertahan pada babak kedua perlawanan hampir berjaya menambah jaringan pada minit ke-83, tetapi tandukan Safiq Rahim ditangkap kemas Mohd Suffian.

Skuad Penyu yang tidak berputus asa terus melancarka­n gerakan untuk memburu jaringan penyamaan namun gagal memecah kebuntuan gol sehingga tamat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia