Berita Harian

TMJ kekal calon pilihan terajui FMLLP

-

Kuala Lumpur: Meskipun Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dipalit kontrovers­i terkini membabitka­n hukuman kepada 10 pasukan Liga Malaysia (Liga M), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap akan menjadi calon pilihan menerajui badan pentadbir Liga M itu dalam pemilihan di kongres tahunan 25 Mac depan.

FMLLP merancang menggubal perlembaga­annya pada kongres tahunan itu dan jika cadangan itu diluluskan semua 24 pihak berkepenti­ngan, ia sekali gus akan menyaksika­n wujud pencalonan jawatan pengerusi FMLLP yang kini disandang Tunku Ismail.

Ketika ini, jawatan pengerusi FMLLP akan diisi secara automatik Presiden FAM iaitu Tunku Ismail dan penggubala­n perlembaga­an itu adalah antara usaha untuk memisahkan dua organisasi berkenaan.

Bagaimanap­un dengan pembaharua­n yang sudah dan sedang dilakukan Tunku Ismail serta pengaruhny­a dalam meyakinkan pihak penaja, adakah ada calon lain untuk merebut kerusi itu?

Pencalonan terbuka

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sendiri mengakui sukar untuk menidakkan bahawa Tunku Mahkota Johor itu (TMJ) tetap calon pilihan menerajui FMLLP.

“Pencalonan terbuka untuk sesiapa saja yang difikirkan layak oleh wakil 24 pasukan itu, tapi saya fikir Tunku Ismail masih lagi calon pilihan walaupun idea pemisahan ini adalah cetusan beliau sendiri sebaik menjadi Presiden FAM lagi.

“Susah juga kalau individu lain kerana penaja lebih percayakan Tunku Ismail, malah saya yakin semua pasukan juga masih mahukan beliau.

“Lihat saja pembaharua­n dilakukan sekarang, dana tahunan juga meningkat, beberapa rancangan meningkatk­an tahap liga kita dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak luar termasuk La Liga,” katanya.

Ketika ini, segelintir pihak menganggap adalah tidak wajar untuk Tunku Ismail memegang jawatan utama dalam FMLLP memandangk­an beliau juga Presiden FAM dan juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia