Berita Harian

Hukuman tak masuk akal

-

Kuala Lumpur: Walau apa pun alasan diberi, tindakan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengenakan denda berat ke atas 10 pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n tetap dianggap tidak profesiona­l dan keterlalua­n.

Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni, berkata walaupun FMLLP diberi kuasa menentukan bentuk hukuman mengikut Perkara 43 (Pematuhan Peraturan) seperti terkandung dalam Liga M, namun tindakan badan pentadbir liga itu dilihat tidak rasional.

“Saya bersetuju FMLLP mengenakan denda ke atas persatuan atau kelab yang gagal melaksanak­an tanggungja­wab mereka berbanding tindakan memotong mata pasukan seperti dilaksanak­an pada musim lalu.

“Ia sebagai pengajaran kepada mereka, sesuai dengan bola sepak kita yang sudah berstatus profesiona­l. Tapi, berpada-pada menjatuhka­n hukuman, ikut kesesuaian liga kita, bukan mengikut cita rasa sendiri.

Boleh lumpuhkan pasukan

“Hukuman itu biarlah ‘masuk akal’, RM1.5 juta dan RM500,000 itu bukan kecil, ia boleh melum- puhkan pasukan. Sepatutnya denda RM100,000 atau RM50,000 cukuplah.

“Alasan setiap pasukan telah diberi dana tambahan musim ini tidak boleh dijadikan ukuran. Takkan dah beri, FMLLP nak kutip balik dengan cara mengenakan denda yang tinggi.

“Malah, walaupun semua pasukan itu boleh membuat rayuan tapi berapakah jumlah denda yang boleh dikurangka­n?. Saya tak fikir FMLLP akan turunkan daripada RM1.5 juta kepada RM100,000 sahaja,” tegas Bakri.

Katanya, FMLLP sepatutnya menetapkan lebih awal dalam undangunda­ng mengenai bentuk hukuman yang bakal dikenakan ke atas persatuan yang melakukan kesalahan tertentu.

“Perlu ada satu ketetapan bukan menghukum ikut keadaan. Dengan cara ini setiap persatuan atau kelab sudah sedia maklum daripada awal apakah risiko yang bakal mereka hadapi jika melanggar undangunda­ng berkenaan.

“Malah, saya yakin pendekatan mendidik lebih berkesan daripada menghukum kerana walaupun sudah bergelar profesiona­l, kelab-kelab di Malaysia masih dalam proses pembelajar­an untuk memahami apa itu profesiona­l.

“Berilah masa kepada kelab ini untuk belajar, bukan asyik menghukum secara keterlalua­n,” kata Bakri.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 7 Mac lalu.
Keratan akhbar BH 7 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia