Berita Harian

Shahidan sedia ‘pulihkan’ Singa Utara

-

Kangar: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan mahu mengembali­kan zaman kegemilang­an Singa Utara selepas Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Shahidan berkata, sudah tiba masanya untuk Singa Utara kembali memberi saingan selepas beberapa musim dianggap ‘hilang’ dalam saingan arus perdana bola sepak tanah air.

“Hampir 10 tahun kita hilang, sudah tiba masanya kita kembali menggegark­an arena bola sepak negara.

Sedia bantu PFA

“Saya tahu ketika ini PFA mempunyai masalah kewangan dan presidenny­a (Ir Shaharuddi­n Ismail) ada berjumpa saya meminta tolong dan saya akan membantuny­a,” katanya, semalam.

PFA sebelum ini berdepan masalah kewangan selepas sebuah syarikat korporat menarik diri pada saat akhir daripada menaja pasukan itu.

Susulan itu, pasukan berkenaan berhadapan dengan masalah pembayaran gaji dan difahamkan gaji pemain ketika ini tertunggak selama sebulan.

Bagaimanap­un, ketika ditanya sama ada sedia menjadi Presiden PFA semula, Shahidan enggan mengulas. “Setakat ini saya mahu membantu rakan (Presiden PFA) dulu...tunggu lepas PRU nanti...kita akan urus dengan baik,” katanya.

Mengikut rekod, ketika PFA di bawah kendalian Shahidan, skuad Singa Utara menjadi antara pasukan yang digeruni dengan menjulang pelbagai kejuaraan.

Antaranya, juara Piala Malaysia sebanyak dua kali pada 2004 dan 2006, selain menjadi juara Liga Super pada 2005.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia