Berita Harian

Dua beradik lemas ikut bapa memancing

-

Kota Samarahan: Kegembiraa­n dua beradik mengikut bapa mereka memancing di Sungai Plaie di sini, bertukar tragedi apabila kedua-duanya lemas selepas perahu mereka karam, semalam.

Kejadian jam 1.25 tengah hari itu berlaku apabila perahu yang mereka naiki terbalik selepas dipukul angin kencang sebelum karam di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superinten­dan Lee Chong Chern, berkata bapa kepada kedua-dua mangsa, Peni Muhi, 39, yang mengemudi perahu berkenaan dapat menyelamat­kan diri selepas berenang ke tebing sungai.

Hilang sebaik perahu karam

Bagaimanap­un, katanya, keduadua beradik itu, Mohd Haziq Nur Aiman, 15, dan Mohd Hazim Nur Aiman, 11, didapati hilang sebaik perahu yang dinaiki mereka karam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarka­n membabitka­n tujuh anggota polis, 11 anggota Bomba dan Penyelamat, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan dibantu sembilan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohamad, berkata mayat Mohd Haziq Nur Aiman ditemui pada jam 2.45 petang, manakala mayat adiknya, Mohd Hazim Nur Aiman pula ditemui pada jam 3 petang.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat terdampar di tebing sungai.

“Mayat mereka kemudianny­a dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? Nor Hisham Mohamad
Nor Hisham Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia