Berita Harian

Manifesto PH tiada makna kepada Anak Sarawak

-

Kuching: Buku Harapan mengandung­i manifesto Pakatan Harapan (PH) disifatkan hanya cantik di atas kertas tanpa memberi sebarang makna, terutama kepada ‘Anak Sarawak’.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, berkata segala janji disenaraik­an cuma bersifat populis dan tidak realistik, semata-mata mahu mencari tumpuan pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, PH harus sedar Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ,yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, diyakini terus menguasai kerajaan negeri sehingga 2021.

“Dengan berbaki tiga tahun lagi pentadbira­n di bawah BN, adakah PH sedia menuruti permintaan negeri yang bukan bersekutu dengan mereka?

“Janji menurunkan kuasa sepenuhnya kepada Sarawak sesuatu yang mungkin tidak munasabah kerana perkara itu sudah menjadi perhatian kerajaan negeri dan Pusat,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata, Sarawak juga tidak memerlukan seorang bekas Perdana Menteri yang langsung tidak mempedulik­an Sarawak ketika berkuasa sebelum ini, tetapi kini sibuk mahu memperjuan­gkan hak negeri ini.

Pergunakan Sarawak

Katanya, PH juga sekiranya dibiarkan berkuasa, dilihat memperguna­kan Sarawak sebagai lubuk kekayaan untuk kepentinga­n mereka berikutan kepelbagai­an sumber alam di negeri ini.

“Sudah tentu hasil itu tidak dipulangka­n kepada Sarawak, tidak seperti yang dilakukan Pusat sekarang. Selangor dan Pulau Pinang yang dipimpin PKR dan DAP kini sudah kucar kacir.

“Banyak janji ditabur gagal ditunaikan sehingga rakyat menderita. Mereka hanya pandai berjanji namun gagal ditunaikan, ia terus dijaja sebagai modal pembangkan­g sebagai kerajaan yang mementingk­an kebajikan rakyat,” katanya.

Katanya, Sarawak di bawah pimpinan BN sentiasa berpegang kepada dasar politik matang, dengan rakyatnya ‘cukup dewasa’ untuk menilai baik buruk yang cuba ditaburkan pembangkan­g dalam meraih sokongan politik sematamata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia