Berita Harian

Sesar unjur tambah rezeki nelayan Mukah

-

Mukah: Populariti sesar unjur, produk udang salai dihasilkan masyarakat di pesisir pantai Sarawak, bukan saja semakin mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong, malah mampu memberikan pendapatan lumayan kepada komuniti nelayan kerana harganya mencecah RM130 sekilogram.

Proses rumit menghasilk­an sesar unjur yang memerlukan ketelitian dan kesabaran menjadikan produk desa dihasilkan kebanyakan suri rumah komuniti nelayan di Muara Rajang, berstatus ‘udang eksklusif’.

Pengusahan­ya, Ramli Noh, 60, dari Kampung Kuala Matu Hilir, di sini, berkata populariti sesar unjur Muara Rajang bukan hanya di Sarawak, bahkan di Semenanjun­g dan negara jiran, Brunei.

Tingkat sosioekono­mi

Menurutnya, harga pasarannya cukup stabil, dengan harga antara RM100 hingga RM130 sekilogram, sekali gus menjadikan ia penyumbang kepada peningkata­n sosioekono­mi penduduk yang bergantung kepada hasil laut.

“Nilai sesar unjur akan melonjak lagi jika dipasarkan di luar kawasan, berikutan beberapa faktor sampingan, termasuk kos pengangkut­an.

“Kerja menghasilk­an sesar unjur berkualiti dan tahan lama memang sukar. Prosesnya perlu dilakukan secara berperingk­at dengan penuh teliti bagi menjamin kesucian produk, selain halal dan bebas pengawet,” katanya ketika ditemui NSTP.

Mengenai penghasila­n produk itu, Ramli berkata, walaupun pelbagai peralatan moden boleh digunakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia