Berita Harian

Suspek bunuh warga asing diburu

-

Kota Marudu: Polis daerah ini masih menjalanka­n operasi mengesan suspek pembunuhan seorang lelaki warga asing di Kampung Longgom, Pitas, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah, berkata pihaknya masih memburu suspek terbabit, seorang lelaki warga Filipina dikenali sebagai Manung, berusia lingkungan 50-an.

Katanya, polis sudah membuat pemeriksaa­n di rumah suspek di kampung sama, namun pihaknya tidak berjaya menjejaki lelaki berkenaan.

“Buat masa ini, kita percaya suspek masih berada di daerah Pitas dan bersembuny­i bagi mengelakka­n ditahan pihak berkuasa.

“Usaha memberkas suspek giat dijalankan agar kes dapat diselesaik­an secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditetak dengan senjata tajam

Dalam kejadian jam 8.30 malam, Khamis lalu itu, mangsa dikenali Bobit, 30-an yang juga penoreh getah mati di tempat kejadian akibat ditetak dengan senjata tajam dan mengalami kecederaan serius di muka, leher, perut dan lutut.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama isteri yang juga orang tempatan, ibu mentuanya dan suspek berada didapur rumah tidak bernombor di Kampung Longgom, Kota Marudu dalam keadaan mabuk.

Isteri mangsa dikatakan bercerita mengenai mangsa yang sebelum ini pernah melakukan hubungan intim dengan kekasih suspek (ibu mentua mangsa) berusia 61 tahun di ladang getah berhampira­n.

Pendedahan itu menyebabka­n suspek marah sehingga berlaku pergaduhan sebelum mangsa ditetak di dapur rumah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia