Berita Harian

ELAUN RELA DINAIKKAN TANDA HARGAI KESETIAAN

-

Serdang: Kerajaan meningkatk­an elaun anggota dan pegawai Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam bermula tahun ini.

Malah, kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi membeli uniform digital baharu anggota RELA, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak RM120 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peningkata­n kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbana­n 3.06 juta anggota serta pegawai RELA di seluruh negara.

“Dalam perjumpaan pada 2012, saya menaikkan kadar elaun daripada RM4 kepada RM6 dan sebab itu, dalam perjumpaan yang amat luar biasa kali ini, saya menaikkan lagi kadar elaun RM2 lagi.

“Inilah keikhlasan kerajaan menghargai jasa RELA dan kita sebagai kerajaan tidak sekali-kali memperleke­h RELA. Ada orang perlekeh RELA, tetapi kita tidak, sebab RELA begitu dekat di hati kerajaan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan RELA Ke-46 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.

Pamer kesepaduan sosial

Najib berkata, RELA mencermink­an gagasan 1Malaysia kerana kepelbagai­an etnik dan kaum, selain mempamerka­n kesepaduan sosial yang dapat dilihat melalui keanggotaa­nnya.

“Transforma­si RELA sudah kita la- kukan, peranan semakin diperkukuh­kan bukan sahaja menjaga majlis keraian, tetapi kini menjaga sempadan di Zon Keselamata­n Timur Sabah, penyeludup­an manusia, banjir dan tidak kurang penting ancaman kumpulan pengganas serta ekstremis,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Malaysia tidak akan mengamalka­n sikap apologetik kepada sesiapa, termasuk negara Barat.

“Kita negara berdaulat dan kita tidak mahu sesiapa mencampuri urusan negara. Namun, Malaysia akan terus mengamalka­n sistem demokrasi yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tetapi demokrasi bukan bermakna kita boleh buat sewenang-wenangnya. Kita lihat sehari dua ini ada perbuatan demikian melalui media sosial, tulisan tertentu, mereka ada agenda tertentu untuk kaut kekuasaan politik dan tidak memaparkan agenda nasional sebenar,” katanya.

Dorong lebih ramai penjawat awam sertai RELA

Terdahulu, Perdana Menteri memakaikan Pangkat Kehormat RELA kepada Ali sebagai dorongan untuk menarik lebih ramai penjawat awam menganggot­ai RELA.

Sambutan ulang tahun kali ini membabitka­n 41,000 anggota dari seluruh negara yang disambut serentak di Universiti Malaysia Sabah, Sabah dan Stadium Perpaduan Petrajaya, Sarawak.

Najib dan Ahmad Zahid turut berinterak­si secara langsung bersama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, sempena sambutan ulang tahun berkenaan.

Inilah keikhlasan kerajaan menghargai jasa RELA dan kita sebagai kerajaan tidak sekali-kali memperleke­h RELA” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Najib dan Zahid bersama anggota RELA pada Majlis Sambutan RELA Ke-46 di MAEPS, Serdang, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Najib dan Zahid bersama anggota RELA pada Majlis Sambutan RELA Ke-46 di MAEPS, Serdang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia