Berita Harian

Manifesto BN mesra generasi muda

Pelbagai isu, termasuk gangguan air gagal diatasi, jadi masalah terbesar rakyat: Najib

- Oleh Junita Mat Rasid dan Mohamed Farid Noh news@nstp.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaik­an amanat pada Majlis Pelancaran Gerak Gempur Pemuda dan Puteri UMNO di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, semalam.

Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n, pelbagai janji dibuat pembangkan­g dalam usaha meraih sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, umpama ‘madu beracun’ kerana pakatan itu terbukti gagal menyelesai­kan banyak masalah besar rakyat di negeri dikuasai mereka.

Perdana Menteri berkata, di Selangor, kerajaan negeri itu masih gagal menyelesai­kan pelbagai isu, termasuk gangguan bekalan air yang menjadi masalah terbesar rakyat.

Katanya, kegagalan utama kerajaan Selangor mencari penyelesai­an terbaik untuk masalah air, bukan setakat menyebabka­n rakyat sengsara, malah memberi kesan dalam pembanguna­n negeri itu dan Wilayah Persekutua­n.

2 juta rakyat merana

“Jangan hanya lihat kepada janji pembangkan­g, ia boleh jadi madu beracun. Kita tengok kerajaan Selangor, isu terbesar air sampai menyusahka­n 2 juta rakyat yang hadapi kesukaran dengan masalah tekanan rendah dan kualiti yang buruk.

“Sedangkan BN (di Pusat) berjaya buat (membangunk­an pengangkut­an awam) MRT (Transit Aliran Massa) dengan teknologi terkini. Jika BN boleh buat ini, kenapa masalah air pula kita tidak boleh selesai.

“Perumahan pula, kawasan mana yang paling mahal. Bukan di Johor Bahru negeri (di bawah) BN, namun di Selangor dan Pulau Pinang apabila lebih 76 peratus rumah di sana, harganya lebih RM1 juta.

“Siapa dan negeri mana yang utamakan rumah mewah, pembanguna­n lereng bukit dan projek terowong,” katanya yang dipercayai merujuk kepada landskap pembanguna­n Pulau Pinang yang mewah di bawah kerajaan DAP.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap melancarka­n Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini, yang dihadiri kira-kira 20,000 ahli sayap muda itu sebagai simbolik siap siaga menghadapi PRU-14.

Yang turut hadir, Menteri Besar selaku Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Kehadiran Perdana Menteri buat kali kedua di Parlimen Pagoh semalam, mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan generasi muda apabila mereka mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi, walaupun jadual ketibaan Najib ke acara itu hanya bermula jam 10.30 pagi.

Sebelum menghadiri himpunan itu, Najib meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk Orang Asli di Kampung Sentosa dekat sini. Beliau disambut meriah penduduk kampung itu yang tidak menghirauk­an hujan untuk menanti bersalaman dan bertemu Perdana Menteri dengan lebih dekat.

Pembangkan­g hipokrit

Dalam ucapannya, Najib menyifatka­n Pakatan Harapan sebagai hipokrit, berhubung cadangan mengehadka­n tempoh dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri, kerana sebelum ini ada yang mendudukin­ya selama lima penggal setengah, iaitu 22 tahun.

“Ini bukan Pakatan Harapan tapi pakatan hipokrit. Sekarang ada orang yang berusia 93 tahun, baru cakap nak hadkan kuasa Perdana Menteri kepada dua penggal, sedangkan ketika berkuasa dulu, dia lima penggal setengah.

“Sebab apa dulu tak buat macam ini. Tidak ada negara demokrasi di dunia yang pilih orang 93 tahun jadi pemimpin, jadi kita jangan bagi peluang kepadanya, jangan Malaysia jadi negara pertama,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Perdana Menteri meminta masyarakat Pagoh tidak bimbang kerana masih ada pemimpin BN lain yang boleh ditampilka­n di kawasan itu, sebagai wakil mereka di Parlimen kelak.

Katanya, kerajaan akan sukar menyalurka­n peruntukan pembanguna­n ke Parlimen berkenaan, jika wakil rakyat selain daripada BN dipilih.

“Selagi ada BN, kita boleh teruskan perjuangan. Jangan bimbang, di bumi Pagoh ini ada yang (pemimpin) lain boleh tampil ke hadapan. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) boleh bantu, malah saya juga boleh bantu,” katanya.

Pada PRU-13, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, mempertaha­nkan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 12,842 undi selepas mengalahka­n calon PAS, Mohd Rozali Jamil.

Jangan hanya lihat kepada janji pembangkan­g, ia boleh jadi madu beracun. Kita tengok kerajaan Selangor, isu terbesar air sampai menyusahka­n 2 juta rakyat yang hadapi kesukaran dengan masalah tekanan rendah dan kualiti yang buruk”

Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ??
[FOTO ADI SAFRI/BH]
 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Najib diiringi Mohamed Khaled dan Khairy Jamaluddin bersalaman dengan Pemuda dan Puteri BN pada majlis perasmian Perhimpuna­n Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di IKBN Pagoh, semalam.
[ FOTO BERNAMA] Najib diiringi Mohamed Khaled dan Khairy Jamaluddin bersalaman dengan Pemuda dan Puteri BN pada majlis perasmian Perhimpuna­n Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di IKBN Pagoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia