Berita Harian

Parlimen bubar akhir Mac?

Pembentang­an usul persempada­nan semula dijangka diawalkan dari 29 Mac kepada 19 Mac, sekali gus memungkink­an Parlimen dibubar akhir bulan ini atau awal April bagi memberi laluan kepada PRU-14

- Oleh Nazura Ngah dan Fauzi Abdullah

Oleh Nazura Ngah dan Fauzi Abdullah

Pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dijadualka­n pada 29 Mac ini diawalkan, sekali gus memungkink­an Parlimen dibubarkan akhir Mac atau awal April bagi membolehka­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Sumber berkata, Usul Draf Perintah Perlembaga­an dan Laporan Kajian Semula Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu, dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat seawal 19 Mac ini atau selewat-lewatnya pada 26 Mac.

Ia dilakukan sebaik selepas berakhirny­a perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang sedang berlangsun­g di Dewan Rakyat sekarang, selesai.

Menurut sumber itu lagi, usul berkenaan mulanya dijadualka­n untuk dibentang pada 29 Mac, tetapi diawalkan sebagai persiapan untuk menghadapi PRU-14.

PM dijangka bentang usul kali pertama

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentang­kan usul itu untuk bacaan kali pertama.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata usul berkenaan perlu dibahas dan diluluskan dengan undian majoriti mudah iaitu lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen.

“Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, Draf Perintah ini tidak akan melalui Dewan Negara dan Perdana Menteri akan membawanya terus kepada Yang di-pertuan Agong untuk mendapatka­n perkenan Baginda,” katanya, ketika dihubungi.

Mengikut Perlembaga­an Persekutua­n, usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya itu hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, kerana tidak membabitka­n tambahan jumlah kerusi.

Jika membabitka­n tambahan jumlah kerusi Parlimen, maka Dewan Rakyat perlu meminda Perkara 46 dalam Perlembaga­an Persekutua­n, untuk majoriti dua pertiga.

Tiada tempoh ditetapkan untuk dapat perkenan

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pula ketika dihubungi menjelaska­n tiada tempoh ditetapkan oleh Perlembaga­an Persekutua­n untuk mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong.

Katanya, Persempada­nan Semula Bahagian Pilihan Raya hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat perkenan dan ditandatan­gani Yang dipertuan Agong.

“Ianya akan dikuat kuasa pada tarikh Seri Paduka Baginda bersetuju dan (terus) diwartakan,” katanya.

Mengenai PRU-14 beliau berkata, SPR kini dalam peringkat akhir persiapan dan bersedia sepenuhnya untuk mengendali­kan pilihan raya pada bila-bila masa.

Satu lagi sumber memberitah­u, sebaik mendapat perkenan Yang dipertuan Agong, sempadan bahagian pilihan raya baharu akan berkuat kuasa apabila Dewan dibubarkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Perintah Persempada­nan ditandatan­gani oleh Yang di-pertuan Agong.

Persidanga­n penggal keenam Dewan Rakyat dijadual berlangsun­g selama 20 hari dan akan berakhir 5 April.

Bagaimanap­un, tidak pasti sama ada Parlimen akan dibubarkan terus sebaik Dewan Rakyat meluluskan RUU persempada­nan semula kawasan pilihan raya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia