Berita Harian

IBU KANDUNG DISYAKI BAWA LARI DUA BERADIK

Wanita NZ bawa keluar kanak-kanak dari TADIKA dicari bantu siasatan

- Oleh Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Polis mengesahka­n wanita yang membawa dua beradik berusia empat dan enam tahun ketika berada di sebuah TADIKA di Seksyen 16, di sini, tiga hari lalu adalah ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis berkata, berdasarka­n maklumat yang diperoleh sehingga semalam, pihaknya mendapati wanita yang membawa kanak-kanak terbabit adalah ibu kandung mereka.

“Pihak kami sudah meneliti beberapa aspek dan mendapati wanita yang membawa keluar kedua-dua kanakkanak berkenaan adalah ibu kandung mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Khamis lalu itu, dua beradik itu dikatakan dilarikan tiga individu tidak dikenali, termasuk seorang wanita ketika berada di TADIKA berkenaan.

Kehilangan Raheel Khan, 6 dan Aleya Reyhana, 4, disedari ketika ibu saudara mereka, Najmah Mohd Haslam, 42 yang hadir ke TADIKA itu untuk mengambil mereka pulang.

Alasan buat pemeriksaa­n kesihatan

Bagaimanap­un, Najmah dimaklumka­n oleh guru TADIKA berkenaan, ada seorang wanita datang mengambil adik-beradik berkenaan sekitar jam 9 pagi atas alasan ingin membawa mereka untuk pemeriksaa­n kesihatan.

“Wanita itu mendakwa akan membawa pulang dua beradik berkenaan dalam masa sejam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita terbabit untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Najmah cuba mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di TADIKA berkenaan untuk melihat sendiri individu yang mengambil dua kanakkanak terbabit, namun gagal.

Beliau berkata, mereka mengesyaki ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang juga warganegar­a New Zealand berusia lingkungan 20-an mengambil dua beradik itu, namun tidak dapat mengesahka­nnya sehingga kini.

“Jika benar ibu kepada anak saudara saya yang ambil mereka dari tadika, mereka sepatutnya memaklumka­n kepada kami.

“Kami tidak pernah halang wanita itu berjumpa dengan dua beradik itu sejak mereka tinggal bersama kami setahun lalu.

“Kami juga cuba menghubung­i ibu kepada wanita berkenaan, namun dia juga tidak memberikan kerjasama yang baik,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Seksyen 16, di sini, semalam.

Najmah berkata, sehingga kini (sehingga semalam) mereka sekeluarga belum mendapat sebarang perkembang­an mengenai kehilangan dua beradik itu, menyebabka­n bapa kanak-kanak berkenaan tidak tidak dapat melelapkan mata sejak hari kejadian.

“Saya berharap pihak polis dapat menunjukka­n rakaman CCTV dari tadika berkenaan kepada kami. Sekurang-kurangnya kami tahu siapa yang mengambil dua beradik itu,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIM SALLEH / BH ] ?? Anggota keluarga menunjukka­n gambar Raheel Khan dan Aleya Reyhana (kiri) yang dipercayai hilang dibawa ibu kandung ketika sesi persekolah­an di TADIKA di Seksyen 16, Petaling Jaya.
[ FOTO HALIM SALLEH / BH ] Anggota keluarga menunjukka­n gambar Raheel Khan dan Aleya Reyhana (kiri) yang dipercayai hilang dibawa ibu kandung ketika sesi persekolah­an di TADIKA di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia