Berita Harian

2.1 JUTA ANGGOTA, PEGAWAI APM NIKMATI KENAIKAN ELAUN

Permohonan kenaikan gred, tambah perjawatan perlu dikemuka kepada JPA

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Shamsul Kamal Amaruddin cnews@nstp.com.my

Elaun anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan, masing-masing daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9 sejam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan elaun yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 2.1 juta anggota dan pegawai APM di seluruh negara itu bagi menghargai jasa dan khidmat mereka dalam menghulurk­an bantuan awal.

Beliau turut mengumumka­n elaun pakaian seragam RM10 juta akan diberikan pada tahun ini berbanding RM5 juta pada tahun lalu.

Selain itu, Ahmad Zahid juga mengarahka­n permohonan dikemukaka­n kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk menambahka­n perjawatan tetap dan kenaikan gred perjawatan dalam pasukan itu.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan kira-kira 3,000 anggota dan pegawai APM dari seluruh Perak pada majlis Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA), di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Ketua Pesuruhjay­a Pertahanan Awam, Datuk Azmy Yahya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyaksika­n demonstras­i penyelamat­an oleh anggota APM, yang turut menggunaka­n helikopter, selain penyerahan aset kepada APM Bagan Datuk.

Difahamkan, ketika ini perjawatan tetap dalam APM sekitar 1,500 orang untuk menjaga anggota sukarelawa­n di seluruh negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, hanya kerajaan prihatin terhadap keperluan mana-mana agensi atau jabatan berbuat demikian tanpa perlu mereka memintanya.

Pencapaian membanggak­an

“Jika ada keperluan dan munasabah diberikan, tidak perlu minta, kerajaan akan luluskan,” katanya sambil menegaskan kerajaan sedia ada perlu diberi sokongan dan dukugan supaya dapat meneruskan kesinambun­gan pemerintah­an.

Beliau berkata, anggota APM adalah wira yang tidak didendang dan mencatatka­n pencapaian membanggak­an kerana di mana sahaja bencana berlaku, anggota APM pasti berada di situ.

“Anggota APM bukan sekadar menangkap ular sawa, bukan melakukan kerja tangkap muat tetapi berada di barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, Azmy berkata, APM semakin kukuh dengan diberi peranan lebih besar selepas berpindah ke JPM, termasuk membantu Pasukan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, keanggotaa­n APM menunjukka­n peningkata­n ketara iaitu daripada 900,000 orang pada 2016 kepada dua juta orang tahun lalu dengan sasaran ditetapkan seramai tiga juta anggota pada akhir tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, walaupun APM baru ditubuhkan di Bagan Datuk, keahlian sudah mencecah lebih 6,000 orang iaitu 10 peratus daripada kira-kira 70,000 penduduk di daerah itu.

“Sasaran kita ialah mahu memastikan sekurang-kurangnya seorang daripada setiap keluarga di Bagan Datuk menjadi anggota APM,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Ahmad Zahid menyerahka­n replika kunci Logistik Operasi APM Bagan Datuk kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, LT (PA) Mohd Zaidi Ahmad (dua dari kiri). Yang turut hadir Shahidan (kanan) dan Azmy (kiri) pada majlis Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Ahmad Zahid menyerahka­n replika kunci Logistik Operasi APM Bagan Datuk kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, LT (PA) Mohd Zaidi Ahmad (dua dari kiri). Yang turut hadir Shahidan (kanan) dan Azmy (kiri) pada majlis Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, semalam.
 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Hamzah (kanan) turut membantu peniaga menjual beras pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Ahmad Zahid bersama Hamzah (kanan) turut membantu peniaga menjual beras pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia