Berita Harian

LOKASI PERTAMA 2018 RAIH JUALAN HARTANAH RM 1.8 JUTA

Pameran raih 1,500 pembeli berpotensi bagi 5 projek ditawarkan

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini, Sofyan Rizal Ishak dan Norzamira Che Noh

Hartanah bernilai RM1.8 juta berjaya dijual di lokasi pertama Pameran Hartanah Myrumah 2018 anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Pusat Beli-belah SACC, di sini.

Pengarah Projek Pameran Hartanah Myrumah, Mohd Haslan A Abbas, berkata, sepanjang tiga hari pameran bermula Jumaat lalu, pihaknya meraih 1,500 pembeli berpotensi untuk lima projek perumahan yang ditawarkan.

“Berdasarka­n rekod pempamer, lebih 80 pendaftara­n diterima sehari untuk setiap projek dan kirakira 300 pendaftara­n direkodkan dalam tempoh tiga hari.

“Selain projek menarik, topik perkongsia­n daripada pakar hartanah bersesuaia­n dengan keadaan semasa turut menarik pengunjung ke pameran kali ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, Pameran Hartanah Myrumah bukan sahaja mengumpulk­an syarikat pemaju dan mempamerka­n hartanah, malah turut menyampaik­an ilmu berkaitan pemilikan kediaman.

Buat pilihan tepat

“Sebagai platform ‘semua dalam satu’, pengguna mendapat pilihan lebih baik dan boleh membuat keputusan tepat membeli dan memiliki rumah impian,” katanya.

Beliau berkata, lebih RM5 juta hartanah dijangka dijual pada pameran hartanah yang akan diadakan di tiga lokasi lain selepas ini.

“Selepas Shah Alam, kita akan ke Sungai Petani (Kedah) pada Julai, Johor Bahru (Johor) pada Ogos dan Melaka pada Oktober,” katanya.

Mohd Haslan berkata, pihaknya akan membuat penambahba­ikan dalam pengisian program untuk sesi pameran seterusnya bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pembeli hartanah berpotensi.

Pameran Hartanah Myrumah yang bermula pada Jumaat hingga hari ini, menarik 25,000 pengunjung dari sekitar Lembah Klang.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Orang ramai mengunjung­i Pameran Hartanah Myrumah 2018 di Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Orang ramai mengunjung­i Pameran Hartanah Myrumah 2018 di Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia