Berita Harian

Jualan Sentuhan Rakyat bukti kerajaan prihatin kos sara hidup

-

Bagan Datuk: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang mendapat sambutan menggalakk­an orang ramai pada setiap lokasi penganjura­nnya di Semenanjun­g, diperluask­an ke Sabah dan Sarawak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program berkenaan yang menawarkan harga barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran, adalah manifestas­i keprihatin­an kerajaan dalam mengurangk­an bebanan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

“Kerajaan akan memperbany­akkan lagi program ini terutama di Sabah dan Sarawak, lebih banyak lagi di Semenanjun­g,” katanya berucap pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Simpang Tiga, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Ketika ini, program berkenaan sudah diadakan di negeri di Semenanjun­g dan Sabah, tetapi belum dibuat di Sarawak.

Harga lebih murah

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, rakyat perlu diberi peluang menikmati harga barangan yang murah atau dijual pada harga munasabah.

Sementara itu, program berkenaan menawarkan barang keperluan harian yang dijual lebih murah antara lima peratus hingga 50 peratus daripada harga pasaran.

Ahmad Zahid turut melelong beberapa barangan yang sudah diberi diskaun sebelum itu pada harga lebih murah.

Antaranya, daging lembu segar yang dijual pada harga RM20 sekilogram (kg) kepada RM10 berbanding harga pasaran sekitar RM30 dan beras 10kg daripada RM22 sekampit kepada RM10 sekampit berbanding harga pasaran RM26.

Kira-kira 3,000 penduduk sekitar daerah Bagan Datuk mengunjung­i karnival itu, yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Peruntukan RM2.75J baik pulih sekolah

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Tautan Kasih Selautan Harapan warga Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Hutan Melintang, Timbalan Perdana Menteri, mengumumka­n peruntukan RM2.75 juta untuk membaik pulih serta menaik taraf beberapa kemudahan sekolah itu.

Peruntukan Kerajaan Persekutua­n itu membabitka­n penambahan kelengkapa­n perpustaka­an digital dengan kemudahan 40 komputer riba dan televisyen LCD, menaik taraf lima bilik darjah kepada bilik darjah abad ke-21, menaik taraf gimnasium kepada mini auditorium dan mengecat 10 blok bangunan sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia