Berita Harian

Komponen yakin BN menang

Semua jentera parti siap sedia hadapi pilihan raya

-

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah, Nadia Hamid, Goh Pei Pei dan

Veena Babulal

Parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada bila-bila masa dan yakin mampu mempertaha­nkan tampuk pemerintah­an negara.

Selain persiapan, gerak kerja serta strategi, parti komponen yang menyediaka­n senarai calon terbaik untuk memastikan kemenangan, menyerahka­n kepada pucuk parti untuk membuat keputusan.

Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pihaknya sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

Justeru, beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu semua ahli parti memberi tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya.

“Kita harus meletakkan kepentinga­n dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan bagi menghadapi pilihan raya dan keluar beramairam­ai untuk memastikan kemenangan calon BN,” katanya ketika berucap melancarka­n Jentera Wanita PBB PRU-14 di Kuching, semalam.

Beliau juga memberi jaminan semua komponen BN Sarawak akan menghormat­i keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pemilihan calon.

Beri sokongan padu

“Kita akan memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang dicalonkan oleh Perdana Menteri dan sudah menjadi budaya kita untuk menghormat­i keputusan pemimpin kita,” katanya.

Kelmarin, melaporkan pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dijadualka­n pada 29 Mac ini diawalkan, sekali gus memungkink­an Parlimen dibubarkan pada akhir bulan ini atau awal April bagi memberi laluan PRU-14.

Menurut sumber, Usul Draf Perintah Perlembaga­an dan Laporan Kajian Semula Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu, dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat seawal 19 Mac ini atau selewat-lewatnya pada 26 Mac.

Sementara itu, Naib Presiden GERAKAN, Datuk Kohilan Pillay, berkata parti itu yang sudah bersedia menghadapi PRU-14 dengan membuat strategi dan persiapan rapi, yakin untuk merampas semula lima kerusi Parlimen termasuk kerusi tradisi.

Pada PRU-13, parti itu memenangi dua daripada 12 kerusi Parlimen yang ditandingi.

“(Selepas PRU-13) Tumpuan diberikan untuk berjumpa pengundi secara terus dan GERAKAN secara konsisten berkempen dengan menjalanka­n sentuhan peribadi dan berjumpa pengundi dari rumah ke rumah.

“GERAKAN sudah siap menghantar senarai kawasan dan calon kepada Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ditanya kerusi pertukaran GERAKAN dengan parti komponen BN, Kohilan tidak menolak kemungkina­n dua atau tiga kerusi parti itu akan mengalami pertukaran.

“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan. Kita tunggu,” katanya.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran, berkata parti itu sudah menggerak kerja untuk menghadapi pilihan raya sejak tiga tahun lalu.

“MIC pada peringkat akhir untuk menyemak semula senarai gerak kerja termasuk mengenal pasti kawasan dan jumlah pengundi parti,” katanya.

Pengerusi Biro Keharmonia­n Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata parti itu sudah bersedia sejak tahun lalu untuk menghadapi PRU-14.

“Khidmat kami kepada pengundi diteruskan sejak PRU-13 dan selepas ini calon muka baharu akan meneruskan tugas berkenaan pada PRU-14,” katanya.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun, berkata parti itu sudah lama membuat persiapan untuk menghadapi PRU-14 dan hanya menunggu tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita sudah lama menunggu Parlimen dan DUN dibubarkan dan sememangny­a jentera parti juga sudah lama bersedia untuk menghadapi PRU-14,” katanya.

 ??  ?? BH Keratan akhbar BH, semalam.
BH Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia