Berita Harian

Mesra orang muda boleh dicapai

-

Kuala Lumpur: Manifesto mesra generasi muda ditampilka­n Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), adalah janji praktikal dan boleh dicapai secara efisien.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran, berkata ia adalah manifesto istimewa ‘khusus untuk belia buat kali pertamanya’ oleh BN di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, usaha itu akan memberi keyakinan kepada generasi muda bahawa BN adalah parti pilihan mereka kerana memiliki perancanga­n proaktif.

“BN sentiasa mendengar denyutan nadi orang muda dalam membentuk dasar serta pelan pembanguna­n negara, dan manifesto mesra golongan ini membuktika­n kita amat mementingk­an masa depan generasi akan datang.

“Semua manifesto ini dibuat selepas analisis, perjumpaan dan perbincang­an dengan orang muda dan sayap Pemuda parti komponen sebelum dibentangk­an kepada kepemimpin­an, yang menjadikan ia holistik serta menarik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Najib ketika berucap pada pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di Muar, kelmarin, memberi jaminan manifesto BN untuk PRU-14, dipastikan mesra generasi muda yang menjadi aset penting negara.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, langkah itu dilakukan kerana BN serius membangunk­an keperluan generasi muda negara, berbanding pembangkan­g.

Mengulas lanjut, Sivarraajh berkata, janji dalam manifesto itu adalah penyelesai­an kepada dilema dihadapi generasi muda seperti dalam aspek peningkata­n kemahiran selaras keperluan industri dan negara, perumahan, kos sara hidup, pendapatan serta keusahawan­an.

Manifesto PH tak praktikal

“Ini jauh berbeza dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang hanya menabur janji manis tetapi tidak praktikal.

“Janji pembangkan­g tidak ada penjelasan. Ia sama seperti janji retorik yang dijaja pada PRU-13,” katanya.

Sementara itu, Pemuda MCA percaya anak muda hari ini lebih berwawasan untuk menjadi pemimpin masa depan melalui keberanian yang ditonjolka­n.

Naib Ketuanya, Nicole Wong Siaw Ting, berkata BN mahu memperkasa­kan orang muda yang kreatif, inovatif dan bijak untuk menyalurka­n kemahiran serta idea mereka secara positif.

Katanya, ia meliputi penyediaan pendidikan vokasional dan latihan untuk pekerja muda yang tidak atau separa mahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia