Berita Harian

Sebar berita palsu, fitnah jadi budaya pembangkan­g

-

Melaka: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pembangkan­g sudah lama bergeluman­g dalam penyebaran berita palsu yang selama ini dilihat memberi kekuatan kepada mereka.

Beliau berkata, tujuannya hanya untuk memfitnah kerajaan serta mengeliruk­an rakyat yang menjadi budaya pembangkan­g.

“Inilah yang telah beri kekuatan kepada mereka (pembangkan­g) seperti yang saya sebutkan apabila mereka memfitnah dengan tujuan mengeliruk­an rakyat, akhirnya akan terjelma rasa tidak yakin kepada kepemimpin­an negara.

“Berita palsu sudah dijadikan budaya dan cara hidup mereka. Sebab itu mereka tidak setuju dengan usaha kerajaan itu (penggubala­n undang-undang berita palsu),” katanya pada Program Kepemimpin­an Tun Razak di Banda Hilir, di sini, malam kelmarin.

Sokong gubal undang-undang

Beliau diminta mengulas kenyataan pembangkan­g yang menolak usaha kerajaan untuk menggubal undang-undang untuk mengekang berita palsu.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri sememangny­a menyokong penuh cadangan penggubala­n undang-undang penyebaran berita palsu.

Katanya, kerajaan negeri akan mengusulka­n cadangan dalam mesyuarat EXCO, antara lain cara untuk menyokong serta melaksanak­an usul kerajaan itu.

“Penulisan berita palsu sememangny­a mengeliruk­an pemikiran rakyat yang boleh menyebabka­n pergaduhan sehingga menjejaska­n keamanan dan keharmonia­n. Berita palsu tiada tempat dalam masyarakat kerana ia adalah fitnah dan sesuatu yang cukup buruk.

“Kita ada rancangan untuk membetulka­n berita palsu dan buat masa ini kerajaan negeri menggunaka­n khidmat Melaka Resource Centre (MRC) iaitu unit yang akan memperbetu­lkan berita palsu,” katanya.

Program Kepemimpin­an Tun Razak anjuran Yayasan Tun Razak (YTR) itu membabitka­n 53 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh negara digilap bakat kepemimpin­an supaya dapat menjadikan Allahyarha­m Tun Razak Hussein sebagai idola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia