Berita Harian

Pakatan Harapan tiru perjuangan BN isu Sabah

-

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) sebenarnya mencedok perjuangan Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto pembangkan­g berkaitan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun, berkata hak rakyat Sabah sudah lama diperjuang­kan parti itu dan kini diberi perhatian serius oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, perjuangan parti itu turut mendapat sokongan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, yang sentiasa menyuaraka­n kehendak rakyat negeri itu kepada Perdana Menteri supaya tindakan sewajarnya diambil.

“Mereka (PH) baru sekarang sibuk pasal hak Sabah sebab mahu menang pilihan raya, setiap kali pilihan raya, ada saja isu berkaitan Sabah dibangkitk­an tetapi tiada satu pun dapat ditunaikan.

“Sebaliknya, kita (PBS) konsisten memperjuan­gkan hak Sabah sejak dulu lagi. Hasil komitmen kita itu, sekarang kerajaan, sama ada pada peringkat Pusat atau negeri, memberi perhatian serius terhadap perkara ini.

Yakin perubahan besar

“Kita yakin ada perubahan besar berdasarka­n janji Perdana Menteri untuk mengembali­kan hak kita selepas proses mengkaji dan meneliti perkara itu dilaksanak­an. Kita faham ia memerlukan masa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas manifesto PH dibentangk­an baru-baru, antaranya menggarisk­an janji untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak berdasarka­n MA63.

Johnny yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, berkata janji pembangkan­g itu hanya bersifat gulagula untuk menarik perhatian rakyat, bukan untuk dilaksanak­an.

“Walaupun mereka kata tidak dapat melaksanak­an perubahan kerana belum memerintah, kita lihat pemimpin mereka ada juga dari BN tetapi sebelum ini tidak pun berbuat apa-apa, kenapa baru sekarang sibuk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia