Berita Harian

200,000 PKS terjejas teruk, alami kerugian besar: IKHLAS

-

Kuala Lumpur: Lebih 200,000 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Lembah Klang terjejas teruk, malah terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit berikutan gangguan bekalan air sejak 6 Mac lalu.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata sebanyak 60 peratus daripada jumlah itu adalah pemilik kilang pemprosesa­n dan peniaga yang terbabit dalam industri makanan.

“Mereka adalah peniaga yang menjalanka­n industri pemprosesa­n dan pengilang makanan seperti kilang membuat mi, bihun, sos cili dan produk berasaskan ayam dan daging.

“Berikutan gangguan bekalan air ini berlarutan sehingga enam hari dan tidak mengikut jadual asal, ada sebahagian­nya mengambil keputusan untuk menutup operasi dua hingga tiga hari.

Gagal penuhi permintaan pelanggan

“Justeru, pemilik berkenaan terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit kerana gagal memenuhi permintaan pelanggan selain kos operasi pula semakin meningkat,” katanya kepada NSTP, semalam.

Ridzuan berkata, bekalan air yang disimpan peniaga tidak mencukupi dan mereka terpaksa membeli air di mesin atau botol bersaiz besar di pasar raya sebagai bekalan tambahan.

“Operasi terjejas teruk tetapi gaji pekerja perlu dibayar. Bayangkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mereka,” katanya.

Katanya, masalah itu turut dihadapi pemilik kedai dobi dan cuci kereta yang terpaksa menutup operasi sepenuhnya sepanjang krisis berkenaan kerana operasi perniagaan mereka memerlukan bekalan air 100 peratus.

“Kami juga menerima rungutan pengguna isi rumah yang mengakui keadaan ini menjejaska­n pendapatan mereka kerana ada dalam kalangan suri rumah menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga kuih-muih dan nasi lemak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia