Berita Harian

KETTHA nafi catuan angkara sabotaj tutup paip utama

Berita palsu penyokong pembangkan­g menerusi ‘Edisi Kantoi’ dikitar semula

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) menafikan punca catuan bekalan air di Selangor angkara tindakan sabotaj penutupan paip utama.

Sebaran berita palsu oleh penyokong pembangkan­g menerusi ‘Edisi Kantoi’ itu sebaliknya dikitar semula kerana gambar sama pernah disebarkan pada 2013 dan 2014, dengan ‘menuding jari’ kepada Kerajaan Persekutua­n, kononnya mendalangi sabotaj terbabit.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, menyifatka­n sebaran fitnah terbabit tindakan kotor cubaan menyembuny­ikan ketidakcek­apan Kerajaan Selangor dalam pengurusan bekalan air kepada pengguna di negeri itu.

Rizab margin sifar peratus

“Rizab margin simpanan air di Selangor pada 2017 adalah sifar peratus. Justeru, ia dikenal pasti antara faktor penyumbang utama masalah bekalan air di negeri terbabit.

“Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah atau peningkata­n permintaan secara mendadak seperti di musim perayaan, kemungkina­n kawasan tertentu di Selangor untuk mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas penularan dakwaan menerusi media sosial oleh penyokong pembangkan­g bahawa krisis air di Selangor berikutan gerakan mensabotaj dengan penutupan paip utama.

Sebaran fitnah itu memetik maklumat yang kononnya disampaika­n kakitangan Puncak Niaga dan petugas loji terbabit, turut mendakwa 20 paip ditutup, manakala hanya dua saluran air dibuka bagi mencetuska­n kemarahan rakyat di negeri berkenaan.

Zaini berkata, catuan bekalan air adalah petunjuk utama dalam mengukur tahap kecekapan perkhidmat­an bekalan air di Selangor yang ketika ini merekodkan jumlah gangguan tertinggi iaitu 259,537 kes pada 2016, berbanding Pulau Pinang (3,778 kes) dan Melaka (2,267 kes).

Tampil mengemukak­an penyelesai­an, Zaini berkata, ‘jalan keluar’ kepada krisis bekalan air di Selangor berupaya dilaksanak­an menerusi tiga mekanisme.

Katanya, ia merangkumi penambahan bekalan air terawat menerusi pembinaan loji rawatan baharu dan mengurangk­an kadar air hilang di Selangor sehingga mencapai sasaran nasional iaitu 25 peratus, berbanding 32 peratus ketika ini.

“Mekanisme terakhir adalah dengan mengurangk­an penggunaan air perkapita di Selangor yang ketika ini 234 liter perkapita sehari kepada kadar nasional, 209 liter perkapita sehari,” katanya.

 ??  ?? Berita palsu ‘Edisi Kantoi’ yang disebar penyokong pembangkan­g.
Berita palsu ‘Edisi Kantoi’ yang disebar penyokong pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia