Berita Harian

PPD Sik diasing bakal ambil pekerja baharu

-

Baling: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik yang beroperasi secara berasingan dengan PPD Baling sejak 1 Januari lalu dalam proses pengambila­n pegawai dan kakitangan baharu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sehingga kini, PPD Sik masih dalam proses menunggu kelulusan daripada pihak Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA).

Beliau berkata operasi pentadbira­n PPD Sik kini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Batu 8, dekat sini, sebelum pembinaan bangunan baharu akan dilakukan kelak.

Sudah beroperasi

“PPD Sik sudah beroperasi secara berasingan selepas cadangan itu dipersetuj­ui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

“Sehingga kini, PPD Sik sudah ada tiga pegawai yang bertugas dan kini kita menunggu kelulusan pengambila­n pegawai yang lain,” katanya selepas mengadakan sesi ramah mesra bersama warga PPD Baling.

Yang turut hadir pada program itu, Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan dan Ahli Parlimen Baling,datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebelum ini, Perdana Menteri, mengumumka­n persetujua­n terhadap cadangan pemisahan untuk mewujudkan pentadbira­n berasingan antara PPD Sik dan Baling.

Perdana Menteri mengumumka­n perkara itu ketika berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Sik dan Majlis Jamuan Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Perdana Majlis Daerah Sik (MDS), di sini, Ogos lalu.

Pada masa sama, Mahdzir berkata, PPD Sik kini menguruska­n 32 buah sekolah dalam daerah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia