Berita Harian

Sasar 200,000 pelajar asing menjelang 2020

170,000 pelajar antarabang­sa kini menuntut di pelbagai universiti tempatan

- Oleh Mohammad Ishak

Sistem pendidikan tinggi Malaysia yang berkualiti mendorong semakin ramai pelajar antarabang­sa memilih untuk melanjutka­n pelajaran di universiti negara ini, setiap tahun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata peningkata­n sambutan menggalakk­an dari semasa ke semasa itu menyebabka­n pihak universiti memperting­kat kapasiti masing-masing.

Ketika ini, beliau berkata, ada 170,000 pelajar asing menuntut di pelbagai universiti tempatan dan jumlah itu dijangka bertambah hingga 200,000 orang menjelang 2020.

Katanya, perkembang­an itu berikutan pelajar asing sangat mempercaya­i ketinggian kualiti pendidikan dilaksanak­an kini, sekali gus menjadikan Malaysia pilihan utama melanjutka­n pelajaran.

Mampu bersaing

“Kepercayaa­n ini juga disebabkan pencapaian universiti awam (UA) Malaysia yang mampu bersaing dengan universiti terkenal luar negara,” katanya selepas merasmikan Malam Serumpun Sejagat di Kampung Kubang Depu dekat sini, malam kelmarin.

Majlis itu meraikan 134 pelajar dari 37 negara luar yang menyertai program keluarga angkat bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Kubang Depu selama tiga hari yang berakhir semalam.

Sementara itu mengulas manifesto pakatan harapan mengenai isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatk­an rakyat supaya jangan terpengaru­h kerana pembangkan­g pernah berjanji untuk memansuhka­nnya sebelum ini.

“Kali ini, ia masih dikekalkan tetapi mereka menukar kaedah bayaran sahaja,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMMAD ISHAK/BH] ?? Idris bersama pelajar asing pada program Malam Serumpun Sejagat di Kampung Kubang Depu, Jertih malam kelmarin.
[FOTO MOHAMMAD ISHAK/BH] Idris bersama pelajar asing pada program Malam Serumpun Sejagat di Kampung Kubang Depu, Jertih malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia