Berita Harian

Pahang kekal kubu kuat BN

Usaha pembangkan­g hanya tindakan sia-sia, bakal hilang kerusi

-

Oleh Amin Ridzuan Ishak, T N Alagesh, Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Usaha pembangkan­g menembusi Pahang sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dijangka gagal malah berkemungk­inan bakal kehilangan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penganalis­is politik berpendapa­t perpecahan undi dalam kalangan pengundi Melayu akan memberi kelebihan kepada BN di Parlimen Temerloh berikutan jangkaan pertanding­an tiga penjuru termasuk pertembung­an antara PAS dengan parti serpihanny­a, Parti Amanah Negara (PAN).

Selain itu, BN juga dijangka mampu memberi saingan sengit di kerusi Parlimen Kuantan yang sudah dua penggal diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008 jika 10 hingga 15 peratus pengundi Cina kembali menyokong BN.

BN dilihat mampu mengekalka­n 10 kerusi Parlimen dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk Bentong.

Kekal majoriti dua pertiga

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN dilihat mampu mengetepik­an cabaran pembangkan­g sekali gus mengekalka­n majoriti dua pertiga atau sekurang-kurangnya menang 28 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri dengan mandat kukuh.

Penganalis­is politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata beliau melihat tiada sebarang perubahan besar dijangka berlaku di Pahang pada PRU-14 dan ia akan tetap kekal menjadi kubu kuat BN walaupun ada cubaan daripada pembangkan­g termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad yang melawat ke Pekan, baru-baru ini.

“Pertembung­an yang mungkin sengit dijangka di Parlimen Temerloh yang dimenangi PAS pada PRU13 ketika masih bersama-sama pakatan pembangkan­g DAP serta PKR.

“Ketika itu mereka menang kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang menyokong atas dasar ia mewakili pakatan pembangkan­g, kini apabila ia berpecah undi, itu mungkin akan diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) diwakili PAN.

“Undi Melayu juga akan berpecah kepada tiga, iaitu BN, PAS dan PAN. Dalam situasi ini, BN sebenarnya mempunyai peluang cerah untuk menangi sekiranya ada pertanding­an tiga penjuru yang mungkin hampir berlaku,” katanya kepada NSTP.

Mengenai Parlimen Bentong, Nik Ahmad Kamal mengakui pertembung­an sengit dijangka berlaku dalam usaha pembangkan­g menewaskan Tiong Lai yang sememangny­a berdepan ujian getir apatah lagi beliau hanya menang dengan majoriti tipis pada PRU-13.

“Pembangkan­g akan berusaha keras memenangin­ya. Bagaimanap­un, aliran pengundi Cina juga dijangka tidak berubah, Tiong Lai dijangka menang ditambah dengan sokongan pengundi Melayu di luar bandar serta kawasan FELDA,” katanya.

Isu pembangkan­g tak relevan

Beliau berkata, pembangkan­g dilihat gagal menembusi Pahang sebagai kubu kuat BN kerana isu dibangkitk­an tidak relevan, perpecahan undi orang Melayu dan ‘kesetiaan’ pengundi Melayu di luar bandar dan FELDA, terus menyokong BN.

“Pahang negeri besar dan kebanyakan­nya berada di luar bandar dan FELDA, jadi mereka kekal menyokong BN bagi meneruskan pembanguna­n.

“Dalam aspek sokongan peneroka FELDA yang kekal menyokong BN, mereka tidak termakan dengan isu nasional seperti kontrovers­i tanah miliknya di Jalan Semarak (Kuala Lumpur), mereka lebih cenderung kepada hal kebajikan serta harga sawit di pasaran,” katanya.

Sementara itu, PH dan PAS Pahang masing-masing meramalkan untuk memenangi tujuh Parlimen dan 21 kawasan DUN, untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, berkata pihaknya yakin mesej kesejahter­aan rakyat yang dibawa mampu menawan pengundi di negeri ini.

“Pada 2008, pembangkan­g menang tiga kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen. Pada 2013 ia meningkat kepada 12 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.

“Beri peluang kepada PH untuk memerintah dan jika gagal, boleh kembali kepada BN. Kita mahu amalkan demokrasi matang, yang beri pilihan kepada rakyat,” katanya.

BN sebenarnya mempunyai peluang cerah untuk menangi sekiranya ada pertanding­an tiga penjuru yang mungkin hampir berlaku” Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Penganalis­is politik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia