Berita Harian

Inisiatif BN berkesan pikat generasi muda, pengundi

Laksana pelbagai pembanguna­n demi kemakmuran masa depan

-

Kebanyakan pemerhati politik tanah air meramalkan undian daripada generasi muda bakal menjadi penentu kepada kemenangan parti yang akan meneraju kerajaan dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) kali ini.

Namun, bagi generasi muda di kawasan di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, perspektif mereka lebih memihak kepada BN berdasarka­n kerja keras serta pendekatan yang diambil pemimpin setempat untuk mendamping­i golongan terbabit.

Beri perhatian pelbagai isu

Setiausaha Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Azrul Khairi Muhammad, berkata meskipun kedua-dua kawasan berkenaan dikuasai pembangkan­g namun segala pembanguna­n serta inisiatif untuk golongan muda banyak disediakan oleh BN.

Katanya, isu yang sering menjadi perhatian golongan berkenaan adalah berkaitan peluang pekerjaan, harga rumah serta peningkata­n kos sara hidup.

“Jika dilihat dari segi peluang pekerjaan, pelaksanaa­n projek Taman Perindustr­ian Kuantan Malaysia China (MCKIP) di Gebeng serta projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar kawasan parlimen berkenaan.

“Begitu juga dengan projek perumahan menerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang memberi peluang kepada golongan berkenaan memiliki rumah sendiri pada harga mampu milik,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam

Azrul Khairi berkata, hasil kemajuan dan pembanguna­n yang dikecapi pada masa kini bukanlah usaha sehari dua sebaliknya ia memerlukan perancanga­n rapi dan sistematik.

Beliau berkata, golongan muda memerlukan pemimpin yang sentiasa berdamping dengan mereka dan mendengar segala keluh kesah seterusnya bersama-sama berusaha untuk mencari jalan penyelesai­an kepada sesuatu masalah.

Generasi muda lebih bijak menilai

“Golongan muda pada masa kini tidak sama seperti dahulu, mereka ini lebih bijak untuk menilai pihak mana yang benar-benar memikul dan menjalanka­n tanggungja­wab serta amanah yang diberikan.

“Meskipun dua kawasan berkenaan dikuasai oleh pembangkan­g, namun tidak banyak program yang mereka lakukan bagi mendekati golongan muda untuk ‘membeli’ jiwa mereka,” katanya.

Ditanya mengenai kriteria yang perlu ada pada calon yang diletakkan di kawasan berkenaan, Azrul Khairi berkata, calon mestilah sentiasa bersedia memikul tanggungja­wab diamanahka­n rakyat.

Pilih parti beri lebih banyak manfaat

Sementara itu, graduan Kejurutera­an Kimia dari Universiti Sungkyunkw­an Korea Selatan, Azri Mukhtar, 29, yang kali pertama mengundi berkata, pengundi muda cenderung di atas pagar kerana suka mengamalka­n sikap tunggu dan lihat dalam membuat keputusan.

“Mereka menunggu sehingga saat akhir dan banyak bergantung kepada pihak mana yang bakal menjanjika­n manfaat kepada mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Namun, dalam Parlimen Kuantan contohnya, BN mempunyai kelebihan kerana terlaksana­nya beberapa projek pembanguna­n seperti Rapid Kuantan, jejantas dan pembinaan Jambatan Kedua Tanjung Lumpur yang bakal memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia