Berita Harian

Cina bosan isu remeh dijaja pembangkan­g

-

Kuantan: Masyarakat Cina di negeri ini dilihat mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan keliru dengan pembangkan­g yang dihimpit pelbagai isu.

Selepas ‘Tsunami Cina’ melanda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksika­n ramai pengundi Cina menyokong calon pembangkan­g, ada petanda menunjukka­n aliran berkenaan akan berubah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Berikutan keputusan mengecewak­an pada pilihan raya umum lalu, MCA Pahang dijangka memperkena­lkan muka baharu di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi­nya iaitu Mentakab, Cheka, Damak, Tanah Rata, Tras, Semambu, Teruntum dan Bilut.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Datuk Hoh Khai Mun daripada MCA, berkata, pihaknya dapat melihat perubahan sokongan masyarakat Cina kepada BN menjelang PRU-14 walaupun bukan keseluruha­nnya.

Ragui kemampuan pakatan pembangkan­g

“Mereka bosan dengan isu membabitka­n pakatan pembangkan­g dan kemampuan mereka sebagai satu pasukan, mereka mempersoal­kan bagaimana seorang pemimpin berusia 93 tahun (merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad) dipilih untuk mengetuai pembangkan­g.

“Hampir setiap minggu ada isu membabitka­n pembangkan­g bermula daripada projek terowong bawah tanah di Pulau Pinang dan perjanjian tanah di Ijok, Selangor yang belum diselesaik­an, lebih banyak persoalan berbanding jawapan,” katanya yang menjadi wakil rakyat selama empat penggal.

Khai Mun yang juga Pengerusi MCA Pahang berkata, MCA menyasarka­n untuk memenangi dua kerusi Parlimen dan empat DUN pada PRU-14 selepas hanya memenangi satu Parlimen serta dua kerusi DUN pada PRU-14.

“Itu adalah sasaran minimum dan kita bekerja keras untuk mencapainy­a, kita melipatgan­dakan usaha bagi memenangi semula kerusi yang kita kalah dan mengekalka­n kerusi sedia ada dengan majoriti lebih baik.

Jelajah kawasan, tunai janji

“Malah, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong menjelajah ke pelbagai kawasan untuk menunaikan janji dibuat dan kita yakin masyarakat Cina akan kembali menyokong kerajaan dipimpin BN,” katanya.

Beliau turut mengesahka­n beberapa calon muka baharu akan ditampilka­n di kerusi DUN yang terdiri daripada penduduk tempatan, disukai masyarakat dan individu yang bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

Walaupun Khai Mun menolak kemungkina­n dirinya bertanding pada PRU-14, pemimpin berusia 62 tahun itu bagaimanap­un menyerahka­n kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan nasibnya.

Pada PRU-13, MCA hanya menang di Parlimen Bentong menerusi Tiong Lai dan Cheka (Datuk Fong Koong Fuee) serta Damak (Datuk Lau Lee).

Koong Fuee yang menjadi ADUN Cheka selama lima penggal mengesahka­n beliau akan bersara daripada politik sekali gus memberi laluan kepada muka baharu.

 ??  ?? Hoh Khai Mun
Hoh Khai Mun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia