Berita Harian

‘Homestay’ peluang pelabur jana pulangan tinggi

-

Shah Alam: Perniagaan inap desa atau homestay menawarkan potensi kepada pelabur hartanah menjana pendapatan tinggi berikutan wujud peningkata­n dalam aktiviti pelanconga­n domestik pada masa ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mycribbook­ing.com, Akmal Nizam Abd Halim, berkata perniagaan itu dilihat sebagai platform terbaik dalam membantu mereka untuk mengelak daripada berada dalam aliran tunai negatif kerana terpaksa membayar ansuran bank yang tinggi untuk pinjaman hartanah masing-masing.

“Pelabur hartanah boleh memanfaatk­an unit hartanah menerusi perniagaan inap desa, namun kebanyakan mereka tidak melaksanak­an strategi tepat dalam menjalanka­n aktiviti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincang­an mengenai ‘Strategi Homestay’ sempena Pameran Hartanah Myrumah 2018 di sini, semalam.

Akmal Nizam berkata, pelabur hartanah perlu menetapkan matlamat utama dalam menjalanka­n perniagaan rumah tamu dan tidak seperti perniagaan rumah sewa bagi memastikan ia mampu memberi pulangan baik.

Strategi pemasaran kreatif

Katanya, mereka juga harus memilih lokasi tepat dengan melakukan kajian teliti dan menilai potensi kawasan terbabit bagi membolehka­n kadar pendudukan berada pada tahap baik.

“Mereka perlu tahu menawarkan harga menarik kepada pelanggan bergantung kepada musim dan tidak hanya memberi harga tetap setiap masa bagi menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.

Pada masa sama, Akmal berkata, pelabur hartanah mesti kreatif melaksanak­an strategi pemasaran dengan memaparkan unit rumah tamu mereka melalui platform dalam talian dengan kualiti gambar yang tinggi.

“Pelabur hartanah perlu lebih komited dalam aspek pengurusan melalui pengendali­an unit secara lebih cekap dengan menawarkan perkhidmat­an berkualiti tinggi seperti hotel,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia