Berita Harian

Pinjaman peribadi, kad kredit punca permohonan ditolak

Aliran tunai kukuh bantu belia dapatkan kelulusan bank bagi pembiayaan perumahan

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini, Sofyan Rizal Ishak dan Norzamira Che Noh

Pembiayaan peribadi dan kad kredit adalah dua punca utama permohonan pinjaman perumahan tidak mendapat kelulusan pihak bank.

Eksekutif Khidmat Pelanggan di sebuah bank, Bella Leana, berkata pengalaman­nya berkecimpu­ng dalam bidang kewangan sejak 2009 mendapati ramai belia di negara ini tidak dapat membuat pembiayaan perumahan disebabkan faktor itu.

Oleh kerana permohonan untuk pembiayaan peribadi lebih mudah diluluskan, katanya, golongan belia seakan mudah terpengaru­h dengan kemudahan itu.

Salah guna kad kredit

“Begitu juga pemilikan kad kredit. Kad yang sepatutnya memudahkan urusan kewangan itu disalah guna dan ramai yang berdepan masalah membayar semula kad kredit mereka.

“Ini menyebabka­n peluang mereka mendapat pembiayaan bank menjadi begitu tipis kerana rekod pembayaran dan kewangan tidak begitu baik,” katanya ketika ditemui di pameran hartanah Myrumah di sini, semalam.

Bella adalah seorang daripada penceramah yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan dengan tajuk ‘Jom tackle bank’.

Aliran tunai kukuh

Beliau berkata, untuk memastikan bank meluluskan pembiayaan perumahan, golongan belia perlu memastikan mereka mempunyai aliran tunai yang kukuh.

“Selalunya, bank akan menilai jumlah wang tunai yang kita ada dengan kemampuan untuk membayar pembiayaan perumahan selama dua tahun.

“Justeru, saya sarankan mereka yang ingin membeli rumah mula menyimpan tunai lebih awal.

“Jumlah yang kecil juga jika disimpan dengan konsisten boleh mencukupi untuk membayar semua kos bagi pemilikan rumah,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Orang ramai menyertai sesi perbincang­an bersama penceramah pada pameran hartanah Myrumah di Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Orang ramai menyertai sesi perbincang­an bersama penceramah pada pameran hartanah Myrumah di Shah Alam, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia