Berita Harian

Persatuan Peguam Syarie sambut baik inisiatif program

-

Alor Setar: Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyambut baik inisiatif Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menjalanka­n program pemutihan pasangan yang berkahwin di Thailand, berikutan kedudukan Kedah yang bersempada­n dengan negara berkenaan.

Presidenny­a, Musa Awang, berkata inisiatif terbabit mampu membela anak dilahirkan oleh pasangan yang berkahwin di luar negara, khususnya Thailand yang sebelum ini tidak didaftarka­n akibat kegagalan ibu bapa melaporkan perkahwina­n mereka di negara ini.

Beliau berkata, inisiatif itu bagaimanap­un harus benar-benar diperhalus­i pelaksanaa­nnya supaya ia tidak menjadi pendorong buat pasangan tempatan bernikah di luar negara tanpa kebenaran pihak berkuasa agama.

“Ia suatu inisiatif yang baik kerana kedudukan Kedah menjadi faktor kenapa negeri itu paling ramai pasangan berkahwin di Thailand.

Pembelaan kepada wanita, anak

“Ia memberi pembelaan kepada wanita dan anak hasil perkahwina­n di luar negara yang belum didaftarka­n kerana ia memberi kesan dari segi pendaftara­n, kesahtaraf­an anak dan urusan persekolah­an mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai program pemutihan pasangan dari Kedah yang berkahwin di Thailand yang bermula bulan ini.

Sebelum ini, langkah sama sudah dilaksanak­an Jabatan Agama Islam Selangor dan Pahang.

Ketika ditanya sama ada inisiatif itu perlu diperluask­an ke seluruh negara beliau berkata, ia perlu dinilai terlebih dahulu daripada aspek kewajaran statistik pasangan yang berkahwin di luar negara di negeri lain.

Perhalusi lagi pelaksanaa­n

“Kita khuatir jika urusan ini dipermudah­kan, ia akan menjadi suatu dorongan pula kepada pasangan untuk bernikah tanpa kebenaran pihak berkuasa agama atau pernikahan yang berlawanan dengan undangunda­ng.

“Sedangkan undang-undang itu (kebenaran berkahwin/berpoligam­i) digubal untuk menjaga kebajikan seluruh masyarakat Islam,” katanya.

Pada masa sama, Musa melihat faktor kewangan bukanlah penyebab utama kegagalan pasangan mendaftark­an perkahwina­n di negara ini, tetapi disebabkan sikap ambil mudah selain mahu tunggu dan lihat.

Beliau berkata, selain itu ia turut disebabkan mereka tidak mahu perkahwina­n diketahui oleh isteri sedia ada atau keluarga, selain khuatir jika dikenakan tindakan undang-undang kerana bernikah tanpa kebenaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia