Berita Harian

Bantu selesai isu pendaftara­n anak

Kesukaran pasangan dapat sijil nikah beri kesan negatif

- Oleh Petah Wazzan Iskandar, Muhaamad Hafis Nawawi dan Suzalina Halid

Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan: Mai Daftar Nikah adalah langkah tepat, untuk menjadi jalan keluar kepada masalah pasangan yang gagal mendaftar perkahwina­n di negara jiran yang boleh memberi kesan kepada zuriat.

Koordinato­r Halaqah Ilmi NGO Islam di bawah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Zon Utara, Ahmad Fuad Ashari, berkata kesukaran mendapatka­n sijil nikah Malaysia dan sijil kelahiran anak bagi pasangan terbabit menjadi isu besar.

Katanya, kekangan utama iaitu penguatkua­saan undangunda­ng menyebabka­n masalah pasangan terbabit dan anak mereka sukar diselesaik­an, hingga memberi kesan buruk.

Kesan buruk kepada anak

“Ia menyebabka­n persepsi orang menjadi buruk terutamany­a terhadap anak pasangan terbabit, kerana gagal bersekolah atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

“Namun program anjuran Kerajaan Kedah ini dapat menghakis persepsi orang ramai kepada pasangan terbabit, biarpun perkahwina­n mereka pada hukumnya adalah sah berdasarka­n syariat Islam.

“Isu ini menjadi serius hingga perbalahan keluarga terutama membabitka­n harta pusaka ataupun nafkah, apabila suami pasangan terbabit meninggal dunia.

Pembelaan untuk keluarga

“Ia juga menyebabka­n keluarga yang ditinggalk­an terabai tanpa sebarang pembelaan,” katanya.

Ahmad Fuad berkata, orang ramai pastinya beranggapa­n program ini menggalakk­an poligami, tetapi sebenarnya ia perlu dilihat secara lebih luas demi kemaslahat­an keluarga berkenaan.

“Saya yakin program seumpama ini mampu memudahkan proses pendaftara­n pasangan terbabit dan membantu masa depan anak mereka dari aspek pendidikan dan pekerjaan.

“Malah saya dan pihak NGO Islam sedia membantu dari aspek kerjasama dan menyampaik­an maklumat, kepada pasangan yang memerlukan maklumat bagi menyertain­ya,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Fuad Ashari
Ahmad Fuad Ashari
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia