Berita Harian

Langkah lindungi hak isteri, zuriat

-

Alor Setar: Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan: Mai Daftar Nikah tidak bertujuan memberi kemudahan kepada lelaki untuk berpoligam­i tanpa izin di luar negara, sebaliknya bagi melindungi hak isteri dan anak.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan serta Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, berkata hak isteri dan anak perlu dijaga dalam perkahwina­n supaya tidak timbul masalah.

Fokus utama program berkenaan ialah isteri dan anak supaya tidak terabai, khususnya membabitka­n pasangan yang sudah lama berkahwin.

Katanya, masalah boleh timbul apabila perkahwina­n tidak didaftar kerana wanita tidak memiliki hak sebagai isteri sah, termasuk membuat tuntutan selepas perceraian atau kematian.

Lebih menyedihka­n, katanya, ia menyebabka­n anak menghadapi masalah dari sudut pendidikan, nafkah, isu kesihatan dan kewarganeg­araan.

“Program ini bukan untuk menggalakk­an orang ramai berkahwin tanpa izin atau berpoligam­i di sempadan, tetapi kita mahu pastikan mereka yang sudah lama berkahwin tetapi belum mendaftar, dapat berbuat demikian bagi memudahkan masa depan keluarga masing-masing.

Perbincang­an rapi

“Beberapa perbincang­an dilakukan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK), Jabatan Kehakiman Syariah Kedah, Penasihat Undang-undang Negeri, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Kedah, Jabatan Imigresen, Pejabat Konsul Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kursus pemantapan program ini juga sudah dijalankan ke atas semua pegawai berkaitan, manakala jelajah penerangan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memastikan semua kakitangan bersedia dalam mempermuda­hkan proses nanti.

“Usaha ini juga mendapat persetujua­n Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang melihat ia dapat membantu ramai pasangan di negeri ini dilindungi masa depan mereka,” katanya yang ditemui di sini.

Mohd Rawi berkata, pihaknya sebelum ini juga sudah melakukan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menganjurk­an program Jom Daftar Nikah selama empat bulan bermula Ogos tahun lalu.

Mengenai denda yang akan dikenakan, Mohd Rawi berkata, pihaknya sedang mempertimb­angkan beberapa kaedah dalam memastikan semua perkara dipermudah­kan, malah tidak membebanka­n peserta program.

Kita mahu pastikan mereka yang sudah lama berkahwin tetapi belum mendaftar, dapat berbuat demikian” Mohd Rawi Abd Hamid, Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan serta

Kerja Raya Kedah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia