Berita Harian

Pecah tisu pinggang, lebam dibuli setiap hari

Mangsa, rakan nekad larikan diri selepas diterajang, ditumbuk

- Oleh Amrullah Abdul Karim

Pecah tisu pinggang sebelah kiri, koyak tisu kaki kanan dan lebam di beberapa bahagian badan akibat diterajang dan tumbuk dua senior.

Itu kesan dalaman dan kesakitan yang dialami seorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam, di sini akibat perbuatan buli senior sejak lebih dua bulan belajar di pusat pengajian agama itu.

Syed Khairun Hazim Syed Husain, 13, berkata beliau diperlakuk­an begitu hampir setiap hari hanya kerana tidak menuruti permintaan pelajar senior.

Beliau mendakwa, dua senior lelaki berusia 14 tahun itu akan menyepak dan menumbukny­a hanya kerana tidak menuruti arahan mengambil air minuman dan jubah.

“Dia suruh saya ambil air tapi bila tak ikut cakap dia akan sepak saya dan tumbuk di perut. Begitulah saya diperlakuk­an hampir setiap hari sejak berada di tahfiz itu.

“Mereka ugut saya kalau beritahu ustaz saya akan kena lebih teruk lagi, jadi saya terpaksa tutup mulut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kasturi, di sini, petang semalam.

Nekad larikan diri

Syed Khairun Hazim berkata, kerana tidak tahan dengan perbuatan itu, beliau nekad melarikan diri daripada pusat tahfiz itu bersama seorang rakannya, Wan Muhammad Arfan Wan Mohamad, yang juga mangsa buli senior, pada jam 4.30 pagi kelmarin.

Mereka berjaya keluar dan berjalan lebih lima kilometer untuk mendapatka­n pertolonga­n orang kampung sebelum ditumpangk­an seorang pemandu lori yang menghantar mereka pulang ke rumah.

Sementara itu, Syed Husain Syed Abu Samah, 38, berkata, beliau menuntut keadilan terhadap nasib dialami anaknya dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar senior yang didakwa melakukan perbuatan itu.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk saman terhadap pelajar dan (kecuaian) pihak maahad tahfiz sehingga menyebabka­n kecederaan dalaman terhadap anak sulung saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bhak Pai, berkata siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara pengadu dan pelajar senior terbabit.

Mereka ugut saya kalau beritahu ustaz saya akan kena lebih teruk lagi, jadi saya terpaksa tutup mulut” Syed Khairun Hazim Syed Husain,

Pelajar pusat tahfiz

 ??  ?? Syed Khairun Hazim menahan sebak sambil ditenangka­n bapanya, Syed Husain, ketika menceritak­an detik dia disepak dan ditumbuk dua pelajar senior di sebuah pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam, semalam.
Syed Khairun Hazim menahan sebak sambil ditenangka­n bapanya, Syed Husain, ketika menceritak­an detik dia disepak dan ditumbuk dua pelajar senior di sebuah pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia