Berita Harian

Orang awam gagalkan cubaan samun

-

Ipoh: Tindakan pantas orang awam menggagalk­an cubaan seorang lelaki bersenjata­kan parang menyamun sebuah pasar mini di Panorama Lapangan Perdana, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, penyamun berkenaan memasuki pasar mini terbabit dengan memakai topi keledar sebelum mengacukan parang kepada pemilik kedai yang berada di kaunter pembayaran.

Bagaimanap­un, wanita pemilik pasar mini itu menggunaka­n kerusi untuk mempertaha­nkan diri menyebabka­n lelaki yang bertopi keledar itu cuba melarikan diri kerana pada masa sama beberapa orang awam mengejarny­a.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai terdapat tangkapan seorang lelaki oleh orang awam yang dipercayai terbabit kejadian samun.

“Polis kemudian ke tempat kejadian dan berdasarka­n keterangan seorang wanita, yang juga pemilik pasar mini mendapati lelaki yang ditangkap orang ramai itu cuba menyamun premisnya dengan menggunaka­n parang.

“Pemilik kedai berkenaan kemudian menyerahka­n beberapa barang kes yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata ketika polis menahan semula suspek daripada orang awam itu mendapati lelaki terbabit bengkak pada bahagian tangan kiri dan kanan serta di dahi.

Rampas barang suspek

“Semakan mendapati suspek berusia 34 tahun dan beralamat di Rumah Pangsa Jalan Pasir Puteh, di sini dan polis merampas barangan, termasuk parang berserta sarung, beg bimbit dan sebuah motosikal jenis Suzuki TXR 150 warna hijau dipercayai milik suspek.

“Suspek dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Balai Polis Bercham, di sini dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya.

Sementara itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar mini yang cuba disamun berkenaan viral di media sosial yang menunjukka­n suspek yang memakai topi keledar memasuki premis sebelum mengacukan parang terhadap pemilik kedai yang berada di kaunter.

Rakaman video berkenaan menunjukka­n mangsa mempertaha­nkan diri menggunaka­n kerusi sebelum suspek melarikan diri sebaik disedari dan dikejar orang ramai.

Beberapa video lain membabitka­n penyamun berkenaan berjaya dicekup orang ramai turut tular dan menunjukka­n lelaki terbabit diikat pada meter air sebelum diserah kepada polis.

 ??  ?? Polis menahan suspek yang cuba menyamun pasar mini di Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, kelmarin.
Polis menahan suspek yang cuba menyamun pasar mini di Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia