Berita Harian

Raih RM10,000 sebulan minta sedekah

Warga asing ambil kesempatan sikap murah hati rakyat Malaysia

- Oleh Mary Victoria Dass maryvictor­ia@mediaprima.com.my

Johor Bahru

Sikap mudah simpati orang ramai diambil kesempatan oleh kumpulan pengemis bagi mencari rezeki di persimpang­an lampu isyarat hingga mampu memperoleh RM300 setiap hari atau hampir RM10,000 sebulan.

Tindakan mereka berpindah lokasi dan hanya menjalanka­n kegiatan pada waktu tertentu menyebabka­n kegiatan itu sukar dibanteras sepenuhnya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat, berkata golongan terbabit memilih untuk melakukan aktiviti pengemisan di lampu isyarat kerana mampu mendapat hasil lebih lumayan.

“Malah, lokasi berkenaan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempa­k dengan kenderaan penguat kuasa terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas.

Usah mudah simpati

“Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatka­n sumber kewangan dan terus bermaharaj­alela bebas menjalanka­n aktiviti itu,” katanya.

Normawarni berkata, pihaknya menerima 10 aduan orang awam berkaitan aktiviti mengemis di persimpang­an lampu isyarat di beberapa lokasi di bandar raya itu sejak tahun lalu hingga Januari tahun ini.

Berdasarka­n aduan itu, katanya, JKM bertindak menyelamat­kan pengemis terbabit, termasuk dua wanita Rohingya anggaran usia 30an bersama empat kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun serta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dari Vietnam.

Katanya, pihaknya turut menyelamat­kan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 50-an dan 60an.

Tiada bukti dilindungi sindiket

“Tiga lelaki yang diselamatk­an berstatus warganegar­a pernah melakukan kesalahan mengikut Akta Orang Papa 1977 pada 2016.

“Ketika itu mereka dibebaskan dengan amaran tidak melakukan kesalahan sama. Namun, berikutan masih mengulangi kesalahan, mereka dihantar ke institusi kebajikan bagi menjalani pemulihan yang sesuai pada tahun lalu,” katanya.

Normawarni berkata, mengikut siasatan dijalankan, mereka didapati terbabit dalam kegiatan berkenaan berikutan masalah kewangan.

Katanya, ia termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.

Normawarni berkata, JKM tiada maklumat membuktika­n bahawa kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan aktiviti berkenaan di daerah Johor Bahru boleh menghubung­i Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru di 07-2232606 atau melaporkan di Talian Nur di 15999,” katanya.

Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatka­n sumber kewangan dan terus bermaharaj­alela bebas menjalanka­n aktiviti itu” Normawarni Mahat, Pegawai JKM Johor Bahru

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Pengemis dipercayai warga asing meminta sedekah sambil menjual tisu berhampira­n lampu isyarat Jalan Skudai ke Plaza Angsana Johor Bahru.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Pengemis dipercayai warga asing meminta sedekah sambil menjual tisu berhampira­n lampu isyarat Jalan Skudai ke Plaza Angsana Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia