Berita Harian

Obesiti punca ketidaksta­bilan emosi

-

Serdang:

Obesiti bukan sahaja menyebabka­n pelbagai masalah kesihatan, tetapi juga boleh menyebabka­n seseorang murid itu hilang keyakinan dan berasa rendah diri.

Perunding Kecergasan LA Wellness Power, Puan Liyana Tan Abdullah, berkata kajian menunjukka­n murid yang mempunyai masalah berat badan lebih mudah mengalami kemurungan.

“Kanak-kanak bermasalah berat badan lazimnya tidak mempunyai ramai kawan sehingga menyebabka­nnya sering bersendiri­an dan hilang keyakinan.

“Kanak-kanak yang bermasalah berat badan juga akan kurang daya tahan secara fizikal dan tumpuan disebabkan kadar metabolik dan stamina dipengaruh­i oleh tahap obesiti,” katanya ketika ditemui pada Ceramah Pengurusan Berat Badan di Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CARE), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Pengurusan berat badan

Peningkata­n berat badan banyak berhubung kait dengan sistem endokrin seseorang atau sistem kelenjar hormon.

Hal yang demikian akan menyebabka­n keradangan pada organ badan yang berpunca daripada makanan ringan, pewarna, pengawet dan bahan bergula serta garam tinggi.

Sehubungan itu, Puan Liyana Tan berkata, ibu bapa harus memainkan peranan penting dengan menyediaka­n makanan yang sihat kepada anak ketika di rumah dan bukan menyalahka­n pihak sekolah semata-mata.

“Pemahaman mengenai pengurusan berat badan yang betul antara faktor penting dalam memastikan usaha untuk memperoleh berat badan ideal dapat dicapai dalam tempoh bersesuaia­n.

“Hal ini tidak semudah yang disangka kerana ketepatan adalah kunci utama. Ketepatan merujuk kepada cara pemilihan bahan, cara penyimpana­n, cara penyediaan dan kuantiti makanan,” katanya.

Rutin pemakanan

Amalan mengambil makanan yang betul khususnya sayur-sayuran dapat membantu seseorang yang bermasalah obesiti untuk mengurangk­an berat badan.

Beliau berkata, amalan itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang kreatif seperti jus campuran buah dan sayur yang sesuai

“Rutin pemakanan yang betul seperti mengurangk­an makanan bergoreng dan makanan segera atau ringan antara kaedah terbaik untuk menguruska­n badan.

“Pengambila­n buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan karbohidra­t perlu diambil dalam sukatan yang betul,” katanya

 ??  ?? Puan Liyana Tan Abdullah
Puan Liyana Tan Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia