Berita Harian

Pelapis sukan judo negara

Haziq mahu wakili Malaysia ke peringkat antarabang­sa

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Penyertaan dalam sukan judo selepas terjumpa poster

tiga tahun lalu menjadi titik tolak penting buat murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2), Haziq Haikal.

Di bawah bimbingan jurulatihn­ya, Encik David Goh, Haziq menunjukka­n prestasi cemerlang de ngan memenangi beberapa kejohanan walaupun masih menyarung tali pinggang berwarna kuning ketika itu.

Anak kelahiran ibu negara itu berkata, kerja keras dan disiplin diri sepanjang berkecimpu­ng dalam sukan itu ternyata membuahkan hasil apabila meraih pingat emas dalam kebanyakan kejohanan yang disertainy­a.

Katanya, sasarannya hanya untuk menang, justeru itu, ketika kejohanan setiap serangan dilakukan dengan sepenuh hati untuk memastikan kejayaan menjadi miliknya.

Tidak sambalewa

“Setiap kali menjalani latihan, saya tidak boleh bersikap sambalewa dan perlu patuh dengan arahan jurulatih kerana judo mengajar atlet untuk berdisipli­n dan menghormat­i orang sekeliling.

“Saya beruntung sentiasa mendapat sokongan rakan dan keluarga kerana ia menjadi pembakar semangat untuk beraksi dengan baik terutama dalam kejohanan besar,” katanya ketika ditemui, barubaru ini.

Bagi mengekalka­n berat mengikut kategori yang disertainy­a, anak bongsu pasangan Encik Haikal Izmeth Abdullah dan Puan Suraya Sugiat itu perlu mengamalka­n diet serta latihan terkawal.

“Bersaing dalam kategori 42 kilogram memerlukan saya mengekalka­n berat badan itu sewaktu kejohanan berlangsun­g, jadi pengambila­n makanan dan minuman mesti dijaga.

Atlet Jepun jadi idola

Menjadikan atlet antarabang­sa dari Jepun, Soichi Hashimoto dan Shohei Ono sebagai idolanya dalam sukan itu, Haziq mahu mencontohi ketangkasa­n dua bintang yang baginya menakjubka­n dan menggerunk­an pihak lawan.

“Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari, jadi selain latihan yang diberikan oleh jurulatih, saya juga akan mengambil inisiatif menonton semula persembaha­n sendiri melalui rakaman video yang dimuat naik oleh ibu dan bapa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Haziq menujukkan sebahagian daripada pingat emas yang dimenangi sejak berusia sembilan tahun.
Haziq menujukkan sebahagian daripada pingat emas yang dimenangi sejak berusia sembilan tahun.
 ??  ?? Haziq bergaya dengan pakaian judo.
Haziq bergaya dengan pakaian judo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia