Berita Harian

SKTSG mahu terus lakar kejayaan

Pasukan ragbi sekolah berazam untuk beraksi pada peringkat tertinggi selepas mencipta nama di daerah Gombak

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Penyertaan sulung Pasukan Ragbi Rimau, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak (SKTSG) pada Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolahsek­olah Daerah (MSSD) Gombak sedekad lalu menjadi permulaan yang baik untuk skuad itu.

Meraih tempat ketiga pada ketika itu mendorong Jurulatih Ragbi SKTSG, Encik Azli Hashim bersamasam­a Encik Razani Mustapa (kini sudah berpindah ke Kelantan) untuk terus melahirkan pemain ragbi sekolah terbabit.

Encik Azli berkata, saban tahun, beliau dapat melihat perkembang­an positif pembanguna­n ragbi sekolah berkenaan apabila sentiasa berjaya melangkah ke pering kat akhir dan sentiasa sekali gus membolehka­n beberapa pemain mewakili daerah Gombak ke kejohanan peringkat negeri.

Katanya, kejayaan pasukan itu adalah berkat usaha pemain kerana mereka sentiasa fokus dan memberi 100 peratus komitmen tidak kira dalam latihan atau pada hari kejohanan.

Johan MSSD Gombak

“Pasukan SKTSG terus me lakar kejayaan apabila muncul johan bagi kategori Plate 2016 dan Johan Cup 2017 MSSD Gombak kategori bawah 12 tahun, malah tiga pemain pasukan itu mewakili Gombak.

“Sokongan padu daripada pelbagai pihak seperti pentadbir sekolah dan ibu bapa mendorong kepada semangat pemain untuk menyumbang kemenangan buat SKTSG,” katanya.

Tahun ini menyaksika­n pasukan itu berjaya bergelar johan kategori Saucer peringkat kebangsaan pada Program Pembanguna­n Ragbi Nasional (NRDP).

Setiap tahun Pasukan Ragbi Rimau SKTSG melahirkan sekurangku­rangnya 24 pemain untuk kategori bawah 12, bawah 11 dan bawah 10 tahun.

Encik Azli berkata, sebagai individu yang bertanggun­gjawab memimpin pasukan itu, beliau mahu melihat skuad bimbingann­ya terus berjaya ke peringkat lebih tinggi seperti beraksi untuk pasukan negara ke peringkat antarabang­sa.

Pupuk nilai murni

Lebih penting, katanya murid dapat menggunaka­n nilai murni yang diterapkan dalam sukan itu seperti disiplin, kerjasama, tolak ansur dan sabar, bukan saja dalam permainan tapi kehidupan seharian mereka.

Ditanya mengenai cabaran pasukan ragbi sekolah itu, Encik Azli berkata, kekangan masa menjadi satu daripada masalah yang perlu dihadapi kerana murid dan guru tidak dibenarkan meninggalk­an pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc) untuk latihan.

“Selain itu, saiz padang yang kecil tidak dapat menampung jumlah murid ketika membuat latihan secara serentak dan ditambah dengan masalah padang rosak menyukarka­n pemain untuk membuat latihan.

“Bagaimanap­un, saya ka gum melihat semangat murid yang begitu kental sepanjang latihan, apatah lagi sewaktu kejohanan untuk terus menaikkan nama sekolah,” katanya.

 ??  ?? SKTSG ketika menjalani sesi latihan di padang sekolah.
SKTSG ketika menjalani sesi latihan di padang sekolah.
 ??  ?? Pasukan Ragbi Rimau
Pasukan Ragbi Rimau
 ??  ?? Guru Besar SKTSG, Encik Rosman Mansoor (berdiri empat dari kanan) bersama-sama guru dan jurulatih, Encik Muhammad Haziq Haneef Pakuruzi (berdiri kiri) dan Encik Azli Hashim (berdiri kanan) serta ahli pasukan Ragbi SK Taman Sri Gombak.
Guru Besar SKTSG, Encik Rosman Mansoor (berdiri empat dari kanan) bersama-sama guru dan jurulatih, Encik Muhammad Haziq Haneef Pakuruzi (berdiri kiri) dan Encik Azli Hashim (berdiri kanan) serta ahli pasukan Ragbi SK Taman Sri Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia